Tuesday, December 26, 2017

High Calorie Diet for Fathan


My sweet Fathan is now 2 years 3 months young.
His current weight is 9 kg. Heigt 80 cm.

So, kalau tengok growth chart dan BMI dia, hurmmmm...sedih ummi.. πŸ˜­
Alahai halusnya anak ummi. Kesian lah kat awak ni. Halus dan kecil. Adik pun dah outgrow awak.




Sebab berat dia yang kurang dari yang sepatutnya (2 tahun, berat minima 10kg, berat median 12kg), nurse sarankan untuk jumpa dietitian.

Dietitian kata, dari segi BMI dia tidak terlalu risau. Looks ok sebab dia tak berat dan tak tinggi. Kalau dia semakin tinggi tapi berat tak bertambah, baru BMI akan menurun.

Meanwhile, kena tackle on his eating habits first. Dietitian sarankan supaya amalkan high Calorie Diet untuk tambah berat badan. Diulangi, high calori diet ni untuk tambah berat. Siapa yang nak kurangkan berat, jangan ikut high calorie diet. Nanti boolat macam πŸ‘‡ hihihi..


Buku "Anak Kurang Berat" (click this πŸ‘ˆ link for softcopy of the book) was given as a guideline.


Contoh menu berkalori tinggi.
The dietitian said, dia taknak drastic sangat. Nanti perut anak terkejut. Yang paling penting untuk permulaan, mak kena cuba follow diet untuk lunch and dinner. Sebab these two yang paling significant. Mak kena make sure intake carbs and protein as per suggested portion.

Carbs
Can be of nasi, mee - portion nya secawan /  2 senduk
Atau 2 ketul ubi kentang bersaix telur ayam gred c.
Atau 2 potong jagung tongkol lebih kurang panjang jari telunjuk.
Atau 2 keping roti

Yang ni boleh improvise dengan campur mentega atau olive oil
Roti sapu mentega atau peanut butter
Pasta with cheese
Contohlah kan.

Protein
Ayam, ikan - 2 ketul (1 ketul bersaiz kotak mancis / tapak tangan anak) bersamaan 1 ketul saiz tapak tangan dewasa.

Yang dalam gambar bawah ni, guide sahaja. Mak boleh pelbagaikan menu as long as follow portion yang disarankan.


Fathan ni, ada masa susah nak makan, ada masa senang sangat.
Kena cari masa dan cara nak tackle dia.
Tapi as far yang aku tengok, insyaAllah boleh je nak follow diet tu. Cuma mungkin habis dalam 80-90%. Yang ni subjected to his mood. Kalau mood tak ok, 20-30% je dia makan.

Kalau biskut, keropok laju je. Huhu..
So kira ok jugaklah sebab dia nak jugak makan cream crackers.

Important point, masa makan, jangan bagi dia Nampak air. Kalau ada air, memang dia tak heran dengan nasi semua.


Aku rasa, Fathan punya main issue bukanlah sebab takde selera makan. Tapi sebab dia kerap demam.
Compared to abang-abang, dia memang selalu sangat demam. Sebulan atau dua bulan sekali, mesti demam, selsema. Berat baru nak naik, bila demam, takde selera makan, turun balik. Fathan kalau demam, sampai semput. Dia seorang je ada rekod demam sampai kena nebulizer. Memang risau lah kalau abang kecik ni demam.


Lain anak, lain ragam, lain cerita kan
Takpelah.
Kita try tengok high calorie diet ni macam mana.
Aim to gain at least 200 g per month.
InsyaAllah, ummi abi usahakan. Ummi pun, part dinner je boleh nak control. Lunch mampu pesan dekat mak je. Tapi mak pun kata Fathan makan ok.
Mudah-mudahan in 3 months time, adalah pertambahan berat.
Doa jugak awak tak kerap demam. huhuhu.

Fathan tolong bagi kerjasama ye. huhu.
Semoga Allah beri kesihatan yang baik dan berpanjangan buat Fathan, membesar dengan sihat cergas dan cerdas. Allahumma ameen.


Some reference for high calorie diet πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015