Wednesday, December 20, 2017

Fathan Melawat Office Ummi | 24-11-17


Last month.
Fathan demam masa ni. Manja. Nak hantar kat Ampang sekali dengan abang-abang, kesian pulak dekat maktok nak menjaga kalau dia cranky. Nak hantar ke pegasuh pun, dia taknak turun kereta. SO, ummi bawaklah pergi office. It's Friday dan bosses cuti lagipun. huhu..

Mengendonglah si abang kecil ni naik LRT pakai carrier.



"Mana lagi nak sign?"
😜


Alhamdulillah dia tak panas sangat. Dedar je. Tapi taknak tidur dan taknak makan. Kerja dia, main laci, main conteng-conteng, main payung.. Around pukul 10-11 baru dia nak minum susu.
Mujur ummi ada kubu persembunyian. hahaha. My pumping port.


Dekat pukul 12 baru dia tidur. Alahai anak. Nak lunch hour dah jap lagi. Tapi lena sungguh dia tidur. 


Lunch tu, ummi berlari turun beli makanan dan tapau je. Meanwhile, my kind colleague tolong tengokkan Fathan.
 Pukul 2 baru cik abang ni bangun. Eh. Ummi kejut sebab nak suruh makan dan makan ubat.


Petang tu dia dah rasa segar dan dah familiar dengan office ummi, sibuk ajak ummi berjalan melawat jiran sebelah partition. Main susun magnet. Ikutlah abang. As long as you don't create your scene. hihi.


Then balik naik LRT.



My additional 'handbag' 😅
Imagine me, carrying him in ssc, with thermal bag for ebm and tote bag full of his stuff (diapers, changing cloth, milk etc)..Sarat!
huhuhu


No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015