Thursday, February 22, 2018

Demam Berjemaah

Sekarang ni memang tengah musim demam dan virus segala macam. Allahu.
Sekolah Faheem, dalam tempoh sebulan lebih, aku rasa setiap hari ada je nampak mesej parents inform anak kena demam beguk, chicken pox, demam virus.
Peringkat awal, sekolah hentikan sementara aktiviti luar dan juga hentikan makan berkongsi dalam talam sehingga segala penyakit berjangkit ni reda. Tapi bila masih tak surut, tak reda, pihak sekolah umumkan bahawa sekolah dicutikan bermula 9 Feb hingga 19 Feb 2018. Hampir 2 minggu jugaklah.
Itu kisah sekolah Faheem.

Kisah di rumah kami pula.
Bermula dengan Faheem demam sejurus balik dari Melaka. Then Faqeeh pulak. Mujur Faqeeh demam mild je dan sekejap. Cuma batuk dan selsema lama sikit. Lepas tu berjangkit pula ke Fathiy. The next day lepas Fathiy demam, aku pula demam berjemaah dengan Fathiy. Seminggu juga aku dan Fathiy demam. Bisanya menjalar seluruh badan. Fathiy pula naik bintik merah macam ruam. Viral fever. Lepas demam rasa nak kebah, batuk kuat pulak sampai hilang suara, cramp perut. huhu. Seminggu aku demam, then zawji pulak sambut baton. Memang flat terus. Orang lain cuti panjang seronok berjalan, cuti-cuti Malaysia. Kami sekeluarga terperap dalam rumah. Penangan demam virus. Allahu Allah.



Till today, aku still batuk dan suara masih serak-serak rock gituu. Kah!
Tapi syukur Alhamdulillah kali ni Fathan terselamat. Dia dah marathon dulu awal tahun hari tu warded sebab H1N1 kan. Kali ni, Alhamdulillah Allah lindungi dia dari dijangkiti demam. 

Semoga Allah lindungi kita semua dari wabak penyakit yang merbahaya dan diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan, InsyaAllah. Allahumma ameen.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015