Friday, March 9, 2018

Farewells - Saying Good Bye Is Never Easy

Semenjak aku transfer ke office baru ni, around early May last year, dah few times juga buat farewell party. Bukan farewell untuk aku.haha. Baru je masuk, nak rai keluar pulak. kuikui..

Dihitung kira, adalah dalam 4-5 farewells. Though aku belum pun setahun kat sini, tapi sedih lah jugak. Baru nak create new circle of friends, geng-geng mak jemah dan gossiping especially, tiba-tiba one by one dapat pindah keluar. sobs.

Happy for them juga sebab mostly memang dah lama minta pindah. Takpelah, rezeki mereka. Pasti rencana yang terbaik oleh Allah for them.

1st farewell.
Masa ni aku baru je lepas cuti bersalin. Aku ni, sebulan masuk office baru, terus cuti bersalin. Tak sempat nak panas enjin pun lagi. Bila masuk kerja balik, ada farewell pulak. Alahai, sedihnye.
Makan kat Dapur Penyet. Belum habis pantang ais lagi masa ni, kelip-kelip je aku tengok deme ni hirup bandung soda ais. 



 2nd Farewell
Yang ni 3 in 1. Raikan terus 3 orang yang telah berpindah dan akan berpindah.
Venue: Kenny Rogers Roasters
  


  


Sambungan farewell secara tertutup. Pakat ber-steamboat kat office je, dalam bilik perbincangan. haha.

  



 3rd Farewell
Masa ni tak ramai yang ada. Tapi on jugaklah majlis farewell.
Venue: The Ship





4th Farewell
The most recent farewell.
Farewell secara tidak rasmi di DubuYo
Week sebelum tu dah ada satu sesi tak rasmi jugak di Seoul Garden. Tapi lupa nak snap gambar. huhu.
Aku tak pandai makan Korean food yang sebenarnya. Pernah try makan kat Bulgogi Brothers dulu dengan zawji. Memang tak boleh ngam kat tekak. Yang ni Mar suggest order Spicy Seafood Ramyeon. Mujur boleh telan. Sedap lah pulak. haha.





 Sesi bergambar terakhir. Moga panjang umur dan ada rezeki berjumpa lagi, InsyaAllah.
Ada 2 orang sebenarnya yang akan berpindah 😭😭😭
Sedih. Baru nak rapat dan menjemah together.



Orang yang diraikan bagi hadiah. Sedih tau.


Sepanjang aku berkhidmat dalan Jabatan ni, this is my 4th posting. 5th to be exact. Among these 5 postings, 2 tempat je yang aku ada so called big family. Paling meriah masa 1st posting dulu, Bridge Unit. Kerja banyak, aktiviti pun banyak, makan-makan pun banyak. hahaha. Peer bonding pun ok. 2-3 posting selepas tu, agak kecil dan terpencil. Colleagues 3-4 orang je. Still, banyak bitter sweet memories walaupun tak ramai. Recent posting ni baru nak merasa big family balik, not as big as 1st posting dulu. Bila baru nak mesra, masing-masing transferred out, sayu je rasa.

Tapi yelah, life must goes on. People come and go. Walau baru kat sini, Alhamdulillah peers sangat helpful dan caring. Hari ni jadi orang baru, esok lusa jadi senior, lepas tu sampai masa, kita pulak waving good bye to others. Macam tu lah kitaran hidup kat sini. huhu.

Walau apa pun, dugaan dan cabaran memang banyak kat mana pun. Hadap dan hadam.
Jangan lupa talian hayat paling utama, Dia yang di atas sana. Whether you're on the highest notch, or deepest valley, sentiasa sujud dan berdoa padaNya.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015