Tuesday, March 27, 2018

Konsert Malam Minggu


Dapat tiket konsert free dari bos zawji.

24 March 2018
di
The Gardens Theatre, The Gardens Mall.


Sebelum tengok konsert, jalan cari makan dan cuti mata dalam Mid Valley dulu. Sepintas lalu je sebab kami sampai sana pun pukul 6 ptg dah. Nak makan dulu, dan solat Maghrib sebelum tengok konsert.
Bawa hero 3 orang ja. Si kecil Fathiy kurang sihat, duduk dengan Maktok.



Since Maghrib masuk 7.25pm, so kami masuk lambat sikit. Nak mencari TGT pun satu hal juga. Tak tahu ada teater rupanya kat TGM ni. Nak senang cari, naik lif belah Robinsons, terus ke tingkat 6. Kami naik lif side lain. Berpusing juga mencari. Tapi asbab berjalan jauh, baru tahu ada taman kat tingkat 6 tu. Cantiklah pulak. Sepanjang-panjang jalan dari hujung ke hujung tu, cantik betul landscape dia. Tapi sebab nak cepat dan gelap, tak dan nak snap gambar.

Masuk theater hall, Nampak macam penuh. Naik atas ke balcony. Tak ramai kat atas. 
View pun clear dari atas.

The kids tak pernah tengok wayang. Ummi abi pun, bertahun dah tak jejak panggung wayang. In fact, kalau ikutkan, sekali je ummi abi pernah pergi tengok wayang sama. Itupun sebelum kahwin dulu. Sebelum jadi teman tapi mesra lagi..huhu. Kawan gaduh lagi masa tu. Cakap pun tak reti nak elok-elok, lembut-lembut. hahaha. Punyalah lama.

Told Faqeeh, lebih kurang macam tengok wayang lah ni.
Faqeeh kata tengok tv kat rumah maktok lagi best. Wayang kuat sangat, pekak telinga. Haha. Faqeeh oii, Masuk panggung pun tak pernah. Pandai pula dia.







Konsert ni actually persembahan dari akademi muzik. I guess, bos zawji ada contribution kot for this event. Or perhaps, anak dia perform juga. Participant mostly (or all of them) are Chinese. Faqeeh Tanya, kenapa orang Korea je nyanyi ummi? 😅😝
Ada yang remaja, ada kanak-kanak. Some do singing, some play instruments.
Tapi yang menarik perhatian aku adalah persembahan by a bunch of little kids. Some with disabilities (but a very special and talented one). To get them up on stage, doing performance is definitely not an easy task. But the teacher and parents made it. And the kids did it well. They sing, they play keyboard and drums, they enjoyed themselves up there. They deserve a big round of applause for their enthusiasm and courage.




Fathan tu khusyuk betul. Sangat menghayati. Dan sangat responsive. Everytime habis satu-satu persembahan, dia akan ikut tepuk tangan. Mudah terhibur awak ni.



Faheem kata best. Tapi dia tak faham. Sebab mostly menyanti dalam Bahasa cina. And there's one lady singing classical song. Dia Tanya, Bahasa apa tu ummi? hihi.. Then Faheem kata, Faheem tak pandai buat semua tu.

I said to him. Never mind. Abang tak perlu pandai semua benda. Tak apa kalau abang tak pandai menyanyi dan main muzik. Itu semua tak penting. Tapi abang kena pandai baca al-quran dan solat. Sebab itu yang Allah akan hitung nanti. Mudah-mudahan abang dan adik-adik akan jadi insan yang soleh dan musleh, yang hafaz dan faham Al-Quran, dan sentiasa bawa jiwa al-Quran kemana-mana. Moga anak-anak jadi da'ie yang ajak semua orang ke arah Islam dan buat amal kebaikan. InsyaAllah. Allahumma ameen.


Macam shoot cover album pula. Pose Faqeeh paling win. haha.



No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015