Tuesday, June 12, 2018

Mood Raya 2018


Just like previous years, persiapan raya ala kadar je. Cuma bilangan orang je bertambah. Raya tahun ni, masih lagi mengekalkan bilangan isi rumah sama seperti tahun lepas, belum bertambah, masih berenam. Kah! Saspen kan statement tambah-tambah ni. 

Cuma ummi ni nak balas dendam raya kali ni sebab raya tahun lepas sedang dalam pantang.
Hahaha..Bukan balas dendam apa pun, part makan tu lah. Dok terliur nak makan rendang, lemang bagai. Pulut pun ku tahan-tahan je. Raya ni genap dah setahun Fathiy, boleh lah ummi makan lemang dengan senang hati. 

Persiapan raya, baju melayu anak-anak beli awal puasa hari tu. Cap Nagoya je. Price-wise ok, kualiti kain pun ok. Untuk anak-anak yang mungkin akan pakai setahun sekali je, pada aku dah cukup ok dah. Abi pulak pakai kurta lagi tahun ni. Ummi, beli online je. Senang. Malas nak fikir banyak. Warna matching, design tak sendat, harga mampu milik, terus add to cart. 

Baju jalan yang berlebih sikit. Almaklum office ummi dah semakin hampir dengan Sogo. Dulu berfikir-fikir juga nak menapak ke Sogo. Now hari-hari pun boleh singgah Sogo. Dah memang balik kerja pun confirm lalu Sogo kan. Terlebih rajin sikit, sampai ke Quill Mall ummi jalan. Asbab kerap sangat menyinggah, banyak juga lah pelaburan untuk anak-anak. Ya, untuk anak-anak. Untuk mak tak kisah sangat. 

Testing baju raya. I pakai baju melayu, jangan cakap I ni girl lagi tau. Kecewa ummi I dengar orang asyik seru baby girl je. hahahaha.


Masing-masing nak jadi superhero.


Kuih raya. Plan nak buat sendiri sejenis kuih raya. Setakat ni, masih dalam plan. hahaha. Adakah akan kekal sebagai plan, atau berjaya direalisasikan? Tengoklah dalam sehari dua ni. Kahkahkah.

My little assistant. Macam ni punya gaya, mampukah ummi nak berperang dengan awak sambil membakar kuih??


Kuih tunjuk pun, beli 2 jenis je. Satu beli dekat kakak office, another one from cikgu Pasti. Dan stok maruku serta simpul kasih juga. Yang ni dapat kat the heroes je, memang mengadap sampai licin. Phewww!

Ambil stok maruku dan simpul kasih dari Kak Izan. Dulu masa kat Bridge Unit, memang sokmo beli maruku kat Kak Izan ni. Sedap!.


Itu je pun persiapan raya. Takde yang extraordinary.
Yang extra cuma…… kena extra energy nak berkejar dengan 4 hero. hahaha.
Yang kenit tu pun dah boleh tahan ligat dia.

Eh. Tahun ni tak dapat bantuan khas raya.
Hurm..takpelah. I is redha je.

Haa. Lagi satu. Awal April hari tu, aku hantar kain 4 pasang dekat tailor. Memang tau dah Kakwa dan close order untuk raya. Tapi aku malas nak simpan kain lama-lama. So hantar je jugak. I said nak lepas raya, tak urgent pun. Baju raya beli readymade je.
Kakwa kata kalua sempat dia cubalah jahit sepasang dua. sebab kain cotton, senang sikit. Aku kata ikut Kakwa lah. Tapi bagi aku memang tak urgent.

Ahad baru ni Kakwa call, "Ily, baju ily dah siap semua ya.."
Hah!. Pantas betul Kakwa. 
Boleh raya sakan ke macam mana ni? Hahahaha.

Esok aku dah start cuti raya.
Yahuuuu!!



No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015