Wednesday, June 12, 2019

Pengalaman Bersalin Anak ke-5: The Birth of My IUCD Baby : Fatima Az-Zahraa



MasyaAllah. Rasa macam tak percaya. Dah upgrade jadi ummi anak 5.
Syukur alhamdulillah. Dengan izin Allah, selamat melahirkan my IUCD baby, seorang puteri, permata hati yang dinanti, pada 20 Januari 2019.

Alkisah, few days sebelum kelahiran Fatima, abi outstation. Hati ummi ni gundah gulana sangat dah masa abi bagitau kena outstation lagi, walaupun dalam negara je. Masa tu ummi dah 38w+. Jujur cakap, tak larat bawak badan, tak larat handle hero berempat tu. Lagi-lagi Fathiy. Allahu. At 38 weeks, berat ummi naik 14kg. Paling berat dalam sejarah mengandung. Double compared to previous pregnancies.


Me at 38w of pregnancies. Bulatnye aihh perut ummi tuuu..

Bila abi kata confirm outstation, ummi decide ambil cuti dari 17/1/2019. Cuti sampai 21/1/2019  lah kiranya sebab 21hb tu public holiday. Dan mintak tolong mama ambil dekat rumah, berkampung dekat rumah mama. Abang bertiga pun ummi cutikan jugak. Ummi whatsapp ustaz, terus terang bagitau ummi tengah sarat, abi oustation, takde orang nak urus hantar abang-abang pergi sekolah. Masa ni contraction datang macam chipsmore. Kejap ada, kejap hilang.

19hb abi kata nak balik dah. Abi tanya ummi macam mana. Ummi kata ade je sakit. Tapi on-off. Tk konsisten lagi. On the way balik KL tu, abi mesej lagi. Kena singgah GCE. Ada problem katanya. I was like, hurmm...ok. Doa Allah permudahkan semua urusan abi, dan balik dengan selamat.

Mean time, ummi monitor contraction. Dah makin kerap. Lepas solat asar, Ummi monitor via apps. Based on apps, dia dah suruh get ready to pack your things and head to hospital. Sebab tak sakit sangat, takpelah, layan je lah dulu. Abi pun tak settle lagi kerja kat GCE.
Maghrib baru abi sampai rumah. Almost Isyak baru datang Ampang. Maghrib tu apps dah bagi red alert. Ummi kata nak tunggu Isyak dulu, makan siap-siap. Then baru pergi hospital. Ummi cakap dekat anak-anak, ummi pergi sekejap je. Nanti ummi balik lah.

Check dekat PAC, dah 3cm. Kena warded. Bermalam lah ummi dekat wad. Abi? Awalnya abi kata nak tunggu dekat area hospital je. Sempat pulak abi pergi minum dengan kawan dia. End up, abi balik tidur kat rumah. Kesian jugak dekat abi. Tak sempat rehat lagi.

20/1/2019.
Pagi tu doktor datang round, bukaan 4cm. Nurse bagi ubat berak, Tolak masuk LR terus. Since anak ke-5, semua expect cepat je lah semua. Masuk LR pukul 8.00 pagi. Ummi sempat makan roti sekeping dengan susu segelas je. Masa tolak masuk LR tu, ada sorang je dalam LR. I’m the second one. Ummi ambil pethidine, sebab masa bersalin Fathiy, pethidine sangat membantu untuk tenangkan ummi seketika.
This time, it doesn’t work. Bukan kata pethidine tu tak menenangkan. It does calm me down. Mamai, ngantuk aihh. Tapi, sebab proses bersalin kali ni punyalah lamaaaaa.. Sampai pethidine tu pun dah hilang kesan. By the time sakit mencanak, it doesn’t help anymore.

10 jam ummi kat dalam LR. Doktor, staff nurse silih berganti masuk tanya, belum lagi? Tak rasa nak teran lagi? Sakit tu sakit. Tapi belum tahap nak membuang. Stress jugak. Semua dok cakap Gr 7 kan ni? Lambatnya... Abi pun berapa kali dah keluar masuk. Pergi solat, pergi toilet, pergi makan. Huhuhu..Pukul 8 pagi masuk at 4cm, pukul 4 petang stucked at 6cm. Nurse kata pintu jauh kat atas lagi. Ummi dah tak tau nak kata rasa apa. Tapi sempat bisik kat abi, taknak czer..sobs.. Pukul 4 petang tu doktor bagitau, dia monitor for another 2 hours. Sebab max in labour 10-12 hours je untuk ibu yang grand multi para. Kalau takde progress, doc akan refer pakar for next step.

Lepas doc cakap macam tu, nurse yang jaga ummi mula tak duduk diam. Dia tambah dos pitocine. Kejap kang dia datang godek perut. Pastu cucuk tiub kosongkan pundi kencing. Godek perut lagi.
Pukul 5 lebih, abi keluar solat asar. Ummi dah mula kabur-kabur macam di awangan. Sakit dah makin tak tertanggung. Macam nak meletup perut. Bila nurse check, masih belum fully dilate. Dia suruh ummi cuba teran tiap kali contraction datang, nak tolong baby turun ke bawah. Masa abi masuk, Allahu memang tengah sakit yang tak tertahan sangat. Nurse suruh abi tolak badan ummi. Meanwhile die seluk bawah. Ummi tak larat sangat dah. Nak teran pun rasa tak mampu. Nurse kata, lawan tangan dia. Teran je. Dia tolong dari bawah. Plopp! Keluar kepala. Dan teran lah lagi sekali nak lepaskan bahu pulak. Pukul 6 petang lahirlah permata hati ummi.

Bila nurse angkat baby suruh tengok jantina, Allahuakbar! Ummi nangis terus. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Akhirnya Allah izinkan ummi dapat anak perempuan. Di saat ummi dah pasrah terima anak hero belaka. Allah bagi tanpa ummi rancang. Sungguh, cantik aturan Allah.

Oh. Apa cerita IUCD ye? Dari PAC lagi doc dah try nak remove IUCD, tak boleh. Masa mula-mula masuk LR pun doc try jugak nak keluarkan. Still tak dapat. Until pukul 4 lebih kot, setelah berapa kali seluk cek bukaan yang tak berapa nak progress, doc kata macam dah rasa IUCD tu, dan doc pun seluk lah untuk tarik keluar cik IUCD peneman baby Fatima dalam rahim. Haha.

Inilah rupa kembar Fatima. hahahaha'

Nurse yang sambut baby Fatima tu kata, sayang sangat kalau kena czer. Sebab tu dia usaha jugak untuk aku bersalin normal. Alhamdulillah Allah izinkan. Terima kasih nurse.
Ayat paling win dari nurse dan doc lepas tu kat abi, dah boleh ‘rehat’ dah kot kan, ayah. Kesian kat isteri ni haa. Nak bersalin anak perempuan ni, lama dia bertarung. Huhu. Dah dapat baby girl ni, cukup korum dah kan. Hihihi..

 Bahagian masing-masing kan. Selalu orang cakap, dah anak ke 3,4,5.. Mesti lagi senang nak beranak. Mesti cepat je progress. Allah takdirkan, yang no. 5 ni lah yang paling lama bertarung. Allahu Allah. Lepas bersalin ummi memang longlai, takde energy lansung. Sebelum ni boleh salin baju hospital tu sendiri, sarung kain sendiri.. Kali ni, semua nurse buatkan. Nak angkat kaki pun tak mampu sampai nurse tolong angkatkan kaki, tarik duduk, papah sampai katil yang nak tolak ke wad. Nurse suruh makan dulu sementara nurse lain cuci baby. Nak angkat tangan pun ummi tak larat. Lembik. Collapse. Nak makan, makanan rasa kelat kering sangat. Minum air mineral, nak telan air pun macam tersangkut kat kerongkong. Pandangan kabur, badan seram sejuk, lemah. Dah masuk wad, ummi paksa diri minum air milo. 2 kotak ummi sedut. Lepas tu paksa makan roti walau rasa nak muntah. Abi bagi gula-gula halls tu. Ummi makan 2 ketul. Sampai dah rasa ok sikit, mata pun tak kabur. Allahu.. Alhamdulillah Fatima pun elok je tidur sementara ummi nak segar balik tu. 


Fatima Az-zahraa
3.15kg


49cm

Begitulah kehidupan. Allah dah atur cantik untuk kita. Walau hati ummi awalnya bercampur baur saat tahu mengandung lagi, tapi perancangan Allah terbaik buat ummi. Terima kasih Allah atas hadiah yang sungguh istimewa ini. MasyaAllah tabarakallah.


4 comments:

  1. Assalamualaikum Fatima =)
    Alhamdulillah, dipermudahkan urusan besalin dan yang best Ummi dan ada geng dah.
    Tahniah tau dan Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  2. Tahniah Ily. Shu baru ada chance nak blogwalking, tau2 dah bersalin dah iLy. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you shu :) lama tak nampak shu update. Mudah2an shu sekeluarga sihat walafiat hendaknya.

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015