Tuesday, September 17, 2019

Cuti & Ujian Kesihatan


Walaupun bulan September berderet cuti umum/ganti pada hari Isnin, tapi non of the weeks pun yang kami berjalan bersuka ria berlibur keluar. Seronok tengok kawan-kawan update bercuti riang ria bersama keluarga. Alhamdulillah. 

Nak dijadikan cerita, bulan September ibarat bulan ujian kesihatan dan sesi lawatan ke klinik/hospital buat kami sekeluarga.

Bermula dengan kaki ummi ditimpa batu tapak penyangkut kot pada malam 3 September 2019, tepat pada jari kelingking kanan. Menangis juga lah ummi di malam kejadian. Keesokannya rasa gagah nak pergi kerja. Lupa rutin harian ke kerja perlu mendaki dan menuruni tangga. Terhencut la berjalan. Sampai di office, terasa makin perit dan bengkak jari kaki. Berjalan lah ke klinik berhampiran office. Puan doktor bagi surat refer ke hospital untuk x-ray. Petang tu jugak ummi ke Hospital Ampang untuk x-ray. Alhamdulillah tiada tulang yang retak. Tapi sakitnya tetap membisa. In fact sehingga hari ni masih sakit lagi, sebab setelah kejadian dihimpap batu, anak-anak pula silih berganti terpijak kaki ummi yang belum pun baik. Makin bertambahlah keradangan kaki ummi..*Nangis*

Hari jumaat pula ummi demam, batuk selsema. Actually dah batuk dan selsema seminggu sebelum lagi. Cuma semakin bertambah teruk dan badan pun mula terasa bisa dan mencucuk. MC lah sehari.

7-9 cuti. Ditakdirkan Allah, 9hb, Fathiy dan baby Fatima demam panas. Despite of bagi ubat demam dan masuk ubat dubur, panas masih tak turun. 10-11hb ummi ambil EL. Sebab demam tak kebah, dan memang sangat panas especially tengah malam. Sayu hati ummi aih tengok anakanda berdua menggigil-gigil demam. 11hb tu bawak pergi klinik A, klinik A suruh cek darah. Ummi abi bawak pergi klinik I untuk cek darah. Alhamdulillah result darah ok, cuma doktor kata ada virus sikit. Since both of them batuk dan selsema juga, doktor buat influenza screening. Resultnya, positif Influenza A. Bertabahlah ummi.... Doktor prescribe tamiflu.

Malam tu demam masih tinggi, dan masing-masing masih merengek di tengah malam. 12hb, abi pula sakit kepala. dan Fathan pula mula demam. Fathiy dan Fatima masih belum kebah sepenuhnya. Ummi sendiri masih bisa-bisa badan dan batuk. Sambung cuti lagi..Abang Faheem dan Faqeeh pun terpaksa ponteng. 

13hb, Fathiy dan Fatima alhamdulillah dah kebah demam. Tapi masih batuk dan selsema. Fathan panas jugak lagi. Ummi masuk kerja sebab banyak sangat benda pending yang ummi perlu settlekan..

14-16 cuti riang ria lagi. Tapi, Fathan masih demam panas dan batuk kuat. Based on simptom, ummi suspect sama macam Fathiy dan Fatima. Jadi ummi bagi ubat tamiflu. Abi masih sakit kepala dan batuk juga. Ummi, selsema dan batuk berlarutan. Hari jumaat ummi dah mula rasa sakit gigi. Pada mulanya, I thought kurang kalsium. Hari sabtu, sakit berdenyut-denyut di sekitar tulang pipi dan mata sebelah kiri. Sabtu malam, ia melarat sampai dahi. Waktu ni ummi dah syak, its sinus. Sebab selsema yang berlarutan dan selsema ni jenis yang bila kita hembus, dia taknak keluar. Nak kena ikut back passage. That's why dia jadi sinus. Seksanya rasa dia. Tengah rukuk/sujud rasa macam biji mata nak tersembul keluar, dahi macam nak pecah. Isnin, Hari Malaysia, ummi pergi klinik lagi. Sebab ummi dah try spray pakai sterimar, tuam dengan kain panas, lalukan shower water heater yang agak panas nak bagi lega, sekejap je ok. Lepas tu berdenyut balik. So, kena makan ubatlah sudahnya.

Berapa banyak lawatan ke klinik daa dalam tempoh 2 minggu.

Hari ni, Fathan alhamdulillah dah kebah demam. Tapi masih batuk. Fatima dan Fathiy pun. Jerebu tebal sangat lagipun kan. Abi pun masih sakit kepala. Ummi tengah berdoa Allah jadikan ubat antibiotik yang doktor bagi menjadi asbab kesembuhan sinus yang masih menyerang dan berdenyut-denyut ni. Sesungguhnya kesembuhan itu dari Allah jua. Malangnya ummi tak boleh cuti minggu ni sebab ada tugasan penting yang perlu diselesaikan. Gagahkan diri pergi kerja walau tertahan-tahan kepala berdenyut.  Moga Allah beri kekuatan untuk bertahan.

Semoga sahabat-sahabat yang sedang diuji kesihatannya diberi kesembuhan oleh Allah swt dan diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan selepasnya. 
Allahumma ameen.

2 comments:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015