Monday, February 17, 2020

Suratan Atau Kebetulan...Bila Anak-anak Kena Warded Atau Penyakit Berjangkit.........



Bila dikenang balik, dan scroll balik entry lama-lama semasa anak-anak masuk wad, atau kena penyakit berjangkit, mostly timing dia masa ummi tengah pregnant. 

Asal pregnant je anak yang ‘bongsu’ pada waktu itu 😅, kena chicken pox la, warded la.. 

Kronologinya...

Masa pregnant Faqeeh (anak ke-2) - Faheem (anak sulung) kena campak dan chicken pox. Was fortunate sebab mama yang jaga Faheem masa ni, jadi ummi tak terlalu risau soal cuti. Masa awal-awal demam, dia merengek je ummi ambil cuti. Bila demam dah ok, tinggal nak tunggu parut kering dan  tanggal, maktok lah yang menjaga.

Masa pregnant Fathan (anak ke-3) - Faqeeh kena chicken pox. Kuarantin di rumah je. Masa ni dah hantar anak-anak ke pengasuh, jadi ummi kena ambil cuti jaga Faqeeh sampai ok, bergilir jugak dengan abi. Tapi hujung-hujung tu minta tolong juga maktok jagakan sampai parur kering.

Masa pregnant Fathiy (anak ke-4) - Fathan kena warded due to chicken pox + viral fever. This time around dah ada cuti kuarantin. So, ummi ambil cuti kuarantin 5 days jaga Fathan. Masa ni dah agak sarat juga. Warded di Hospital Pantai Cheras. Siang ummi jaga Fathan sendirian. Malam, abi datang teman, abang Faheem dan Faqeeh tumpang di rumah maktok. Almost seminggu juga warded sebab Fathan dehydrated.

Masa pregnant Fatima (anak ke-5) - Fathiy pula kena warded due to pneumonia.. Siap suspect tibi la, leukimia la..Seminggu juga lah ummi duk panjat naik/turun baby cot. I was in my early pregnancy masa tu. Alhamdulillah baik-baik saja semuanya.

Recently, Fatima kena measles... 😞 hurmmmm.. Dapat cuti kuarantin. Though layak dapat 5 days (tak termasuk sabtu ahad dan cuti umum) ummi terpaksa sacrifice 1 hari atas tuntutan kerja. Alhamdulillah Fatima cepat recover. Kuranglah rasa serba- salah ummi terpaksa masuk kerja awal. Abi pula take turn jaga Fatima.






Semoga anak-anak soleh dan solehah ummi diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan, dijauhkan dari wabak penyakit dan penyakit-penyakit merbahaya. Moga kalian sentiasa dalam lindungan rahmat dan redha Allah. Allahumma ameen.




2 comments:

  1. singgah balas ni.
    akak still remember masa pregnant anak num 3 dalam sebulan kot anak num 2 kena chicken pox. mmg risau. tp alhamdulilah baby sihat.

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015