Sedia maklum, dalam tempoh PKP ni semuanya memang agak terhad dan terbatas. Lebih-lebih lagi urusan keluar masuk hospital. Untuk ibu-ibu yang akan melahirkan dalam tempoh PKP ni, (which kita pun tak sure akan berakhir bila, could be extended selagi masih banyak kes baru dilaporkan setiap hari 😥), sad news, suami tidak dibenarkan untuk teman ibu di dalam LR. Kalau ibu datang ke hospital dan bukaan sudah 4cm dan lebih, which ibu akan terus ditolak masuk ke LR, suami tidak dibenarkan tunggu walau di luar LR. Most probably suami akan disuruh balik sahaja. Suami juga tak dibenarkan untuk melawat ibu dan bayi di dalam wad selepas bersalin. Suami hanya akan dibenarkan datang untuk urusan discaj.
Aku sendiri salah seorang yang bersalin dalam tempoh PKP. Serah diri ke Hospital pada 19 Mac 2020, which was hari kedua PKP Fasa 1 berkuatkuasa (18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020). Sekarang ni kita dah masuk fasa kedua PKP kan, dari 1 April 2020 sehingga 14 April 2020), mungkin prosedur akan lebih ketat, aku pun tak pasti.
Di bawah ni aku c&p status seorang doktor berkenaan guideline KKM semasa PKP ni.
Kelahiran di kala pandemik Covid-19 menurut guideline Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk Person Under Investigation (PUI)
SEMUA ibu hamil yang akan melahirkan akan di lakukan proses saringan sebaik sahaja ibu mendaftar untuk proses kelahiran.
3 soalan saringan yang akan di tanyakan kepada SEMUA ibu sebelum di tentukan ke wad sementara menunggu proses kelahiran aktif atau ke kamar bersalin (labour room)..
- Adakah ibu demam atau ada infeksi saluran pernafasan dengan mana-mana simptom ini: susah bernafas, batuk atau sakit tekak?
- Adakah ibu ada sejarah perjalanan ke negara yang di jangkiti Covid-19?
- Adakah ibu ada kontak dengan sebarang pesakit yang positive Covid 19 dalam tempoh 14 hari terakhir?
Ibu-ibu akan di lakukan saringan sama ada di PAC, Klinik pakar kebidanan atau EPAU (tergantung ibu mendaftar dari mana)
Sekiranya ibu adalah PUI:
Polisi hospital rakan bayi tidak di teruskan ke atas PUI untuk mengurangkan risiko penularan virus corona.
.
Ibu hamil yang PUI akan melalui proses kelahiran dengan kaedah pembedahan cesarean untuk mengurangkan risiko transmisi secara vertical sehingga lebih banyak data dan evident untuk menyokong kelahiran pervagina lebih selamat untuk menurunkan risiko penularan. Melainkan ia adalah kelahiran iminent (kepala bayi sudah di pintu vagina).
Sekiranya ibu menolak, dan ingin kelahiran pervagina, surat atas resiko sendiri perlu di tandatangani.
.
Ibu PUI di minta untuk mengenakan topeng muka 3 ply sepanjang masa termasuklah di kamar bersalin dan ketika proses bersalin untuk mengurangkan resiko menularan.
.
Ibu PUI tidak di benarkan untuk menerima gas entonox sebagai penahan sakit demi mengurangkan resiko penularan aerosol dari droplet saluran pernafasan.
Ibu akan pulang ke wad isolasi, dan bayi akan di bawa ke nursery sehingga keputusan ujian saringan Covid 19 negative barulah mereka akan di satukan. Bayi kepada ibu PUI juga akan diasingkan daripada bayi-bayi lain.
Penyusuan susu ibu tidak akan di teruskan sehingga ibu di sahkan negative dari Covid-19
.
.
Bagi ibu yang bukan PUI:
Proses kelahiran adalah seperti biasa.
Ibu boleh menyusu seperti biasa. Ibu dan bayi akan bersama-sama pulang ke wad.
.
.Bagi ibu PUI dan bukan PUI:
.
Suami tidak di benarkan menunggu bersama di kamar bersalin. Jadi peluk cium doa semua di pintu masuk kamar bersalin sahaja.
Suami tidak perlu menunggu di luar kamar bersalin dan akan di minta pulang. Misi akan menelefon sekiranya ada keperluan.
Selama di wad, ibu tidak boleh menerima sebarang tetamu, suami hanya boleh datang sebentar.
Proses discharge akan di lakukan sesegera mungkin apabila ibu sudah di benarkan pulang. Hanya suami sahaja yang boleh datang menjemput sang isteri. Melainkan suami sedang home kuarantine maka waris terdekat boleh bantu.
.
.
Sumber : Annex 23. Tidak semua dari isi kandungan Annex yang di terjemahkan di sini. Saya hanya men"highlight" point-point yang penting untuk ibu hamil yang akan melahirkan.
.
Dr Nurhaya Yacob
We are here to support each other not the other way round❤️. Spread the LOVE not Corona.
Sedikit tips untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan.
Make sure beg hospital anda telah tersedia, lengkap dan mencukupi, seeloknya sebuah beg sahaja & lebih mudah kalau guna luggage, supaya tak risau ada beg yang tercicir atau tersalah ‘alamat’. Lengkap ni termasuklah pakaian, pampers bayi, pad, toiletteries, stok makanan dan minuman sekiranya perlu. Mencukupi dan mungkin kena sediakan extra in case ibu atau bayi perlu ditahan di wad lebih dari sehari.
Untuk tidak kalut, sediakan juga sebuah beg kecil yang mengandungi dokumen penting seperti IC, buku merah/antenatal checkup, dan GL. I call it beg LR. Sesetengah hospital akan minta ibu sediakan 1 keping pampers bayi, sepasang baju bayi, maternity pad & panty ibu. Jadi, masukkan item-item ini di dalam beg kecil tersebut. Beg ini hendaklah sentiasa bersama ibu sehingga ke dalam LR. Hp pun boleh sumbat dalam tu je.
Sekiranya sudah ada tanda untuk bersalin dan hendak ke hospital, pastikan beg hospital & beg LR di bawa bersama.
Semasa pendaftaran di PAC/EPAU, Penting untuk ibu declare dengan jujur kepada staf KKM yang bertugas sekiranya terdapat sebarang simptom atau jika ada kontak rapat dengan individu yang positif covid 19. Terdapat kemungkinan ibu akan disaring terlebih dahulu.
Suami tidak dibenarkan masuk ke PAC/EPAU. Pastikan beg LR dan hp sentiasa bersama ibu dan pastikan juga bateri hp mencukupi. Mohon suami untuk standby sahaja beg hospital. Sama ada ibu terus ditolak masuk LR atau dimasukkan ke wad terlebih dahulu, ibu perlu maklumkan kepada suami no wad dan katil, supaya memudahkan suami untuk memaklumkan kepada guard untuk menyerahkan beg hospital kepada ibu. Suami tidak boleh naik ke wad, semua urusan hanya melalui guard.
Memandangkan suami tidak dibenarkan untuk masuk menemani ibu dalam LR, ibu boleh mengazankan sendiri bayi semasa nurse/doktor meletakkan bayi di atas dada ibu (mom-baby skin to skin bonding). Boleh maklumkan juga pada nurse bahawa ibu hendak mengazankan bayi. Azankan bayi pada telinga kanan.
Persediaan mental adalah sangat penting. Disaat menanti tanda kelahiran ni, ibu-ibu boleh perbanyakkan zikir & selawat, banyakkan baca Al-Quran, solat sunat dsb. Boleh juga praktis azan untuk azankan bayi nanti 😅. Mohon agar dipermudahkan semua urusan & selamat kedua ibu dan bayi, insyaAllah. Letakkan sepenuh pergantungan hanya pada Allah. InsyaAllah staf KKM akan sentiasa membantu ibu-ibu, baik dalam LR mahupun wad.
Untuk yang pertama kali bergelar ibu, pastinya agak sukar dan emosional tidak dapat ditemani suami sewaktu melahirkan. Semoga Allah SWT memberi ibu-ibu sekalian kesabaran, kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi situasi ini. Ganjaran untuk orang yang sabar dan redha itu pasti ada. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati kalian.
No comments:
Post a Comment