Saturday, April 11, 2020

The Birth of Nusayba ‘Ammara


18/3/2020 (hari pertama PKP) last antenatal check up. Doc kata baby dah engage, dah turun sgt dah, tunggu contraction je. If on EDD still takde sign, or if there’s any sign, terus pergi PAC je. No more appointment.

19/3/2020 (hari ke-2 PKP)
it’s the EDD. but still takde tanda lagi. sekadar mild contraction, yang tak regular, tak konsisten lansung.. takde rasa sakit..no other sign also.


Aku rasa dah macam ni haaa... So bloated.


So, aku decide untuk tunggu sampai petang. Monitor dulu pagi tu kalau ada vital sign of labor. Sambil-sambil sibukkan diri dengan anak5 dan kerja rumah. Prepared breakfast and lunch. Sambil-sambil cuak juga memikir macam mana lah nak bersalin dalam musim outbreak covid 19 ni, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. Kalau datang sakit kang, nak kena angkut askar5 hantar ke rumah mama dulu.. Buatnye ada roadblock, macam drama dah rasa. hahahaha

Pukul 4, masih takde intense & regular contraction. Zawji tanya macam mana? Nak pergi hospital bila?  hurmmm.. pergi lepas asar lah.. Lepas solat asar, bergerak lah kami, hantar anak5 ke ampang, then ke PAC hospital Ampang. 

Beg hospital (purple luggage), beg LR yang kecil atas luggage, while another 2 bags, barang anak5 yang kan di pos ke rumah maktok. huhu. Dua minggu beg ni terletak je di situ.

Di PAC, husband tak boleh masuk. Kena tunggu di luar pintu shj. Aku masuk register sendiri. 
*Dtg sbb apa? - EDD hari ni (19/3/2020). Semalam last check up, doc kata if still takde sign, pergi je ke PAC. 
*Takde tanda lagi? Contraction? Air ketuban? Show? - Takde. Contraction ada, tapi tak kuat dan tak regular. 
*Biasa kita bagi sehingga 40w9d kalau post date. Tapi mak dah G8P5+2, nanti saya tanya doktor dulu.
*Kita register lah. Doktor kata sebab dah anak ke-6, kita cek jugak in case jalan dah bukak.

Lepas register, masuk dlm assessment area. Monitor ctg, heartbeat, cek jalan. There’s 3 HO kalau tak silap. One of them buat VE, tak jumpa jalan katanya. One said (masa examine perut) macam belum engage sebab masih soft dekat bawah perut. She asked whether masa check up doc ade cakap baby songsang or what. I said, last checkup, baby heads down, engaged. Then nurse datang, nurse cakap dah turun sangat dah perut. They asked, takde rasa sakit ke? Aku kata takde. Rasalah mengeras, tapi tak sakit. Nurse kata yang takde rasa sakit ni kadang risau sebenarnya jalan dah bukak. Especially grand multi para. Nurse perform VE, 3cm dilate, posterior, cervix 1cm. Sama je condition macam Faqeeh, Fathiy dan Fatima. Jauh ke belakang πŸ˜“

Masuk bilik MO pulak, scan. Confirmed heads down, estimated fetal weight 3-3.2kg. VE lagi, yup 3cm dilate. Admit ward. 

FYI, disebabkan PKP, no visitors allowed. Zawji pulak, masa aku kat PAC, awalnya die tunggu kat luar. Dia ada mesej aku, tapi aku tak perasan. Lepas dah selesai examined by MO, salin uniform polka dot untuk warded, baru aku baca mesej. Zawji kata dia balik rumah sekejap. Nak ambil barang apa yang patut. Pukul 7 lebih aku check in wad 4D. I thought I can see him sekejap masa dia nak hantar barang lepas Maghrib nanti. Rupanya tak boleh. He can’t even naik ke atas pun. Sekadar pas barang-barang pada guard dekat lobi. Guard yang akan bawa naik ke atas. Dan i was informed that this time around, husband tak boleh teman isteri dalam LR. Sedihnye lah. So, thats it, kali terakhir jumpa zawji masa dia drop dekat PAC. Tak sempat salam pun sebab ingatkan boleh jumpa lagi. 😭

The HO cakap, takpelah puan, dah anak ke-6, ok lah kot. Yang first time mother tu kesian. Of course la depa lagi sedih kan. First experience. Tapi sebenarnya, every birth is unique. Contohnya macam bersalin Fatima, i never thought i would spend 10 hours in LR. Memang sangat-sangat perlukan kehadiran zawji untuk bagi semangat kat aku. Of course, sepenuh pergantungan hanya pada Allah swt. But at times, we can loose our sanity and need someone to keep reminding us to stay sane. 

Uniform polka dot, selipar pun nak polka dot jugak. hihi..

Malam tu, aku cuba monitor contraction, but still, no intense one. Dapat juga aku lena beberapa jam. 

20/3/2020 Pagi dalam pukul 10am, HO cek bukaan. Tak jumpa πŸ˜‚. Sebab posterior tu lah. Bersusah payah betul HO cuba mencari pintu. She even asked me, at PAC, siapa yang kata dah 3cm dilate? Then MO round dengan pakar, MO did VE, yeah, a bit further inside, still at 3cm. She did membrane sweeping. Nak tolong katanya. Senaknya, Allahu. 

Pakar said, check OS on PM review or intense contraction, admit LR at 6cm dilation. Pasang another branula. Kiri kanan woiii cucuk jarum 😭😭. Standby kalau nak masuk ubat or darah katanya. Seram sejuk mak dengar. She asked me to walk around the ward supaya cepat buka. (Masa buka branula, nurse cakap kat aku, branula satu lagi tu, standby kalau kena emergency czer, in case jalan lambat nak buka, macam kes Fatima la kiranya.. Gulp!)

Branula kiri kanan tangan

Lepas membrane sweeping tu, berketul keluar lendir coklat. And so i walked around the ward. Did squatting too. Sampai lenguh kaki, cramp kaki oiii... Sakit masih dalam skala boleh tahan. sesekali contraction datang, aku try juga push slowly. huhu.. Mak ni tak pernah bersalin post date/overdue.. Jadi mak saspen. Baby pulak macam sangat tenang di dalam. Kadang tu mak confuse, baby ni gerak ke tidak.. πŸ˜…

At 3.45 pm, PM review, cek OS, 5cm dilate. 1cm to go.. This time HO tak bersusah payah dah. Aku tanya, jauh jugak ke? She said, tak dah. So, aku Sambung jalan & squatting sikit lagi. Bila datang contraction, aku gelek-gelek sikit.. Memang banyak berdiri je hari tu. Nak duduk, baring tak selesa dan tak tenang. Dalam otak ni asyik fikir what if tak bukak lagi, what if takde progress.. Ape next option?? 😒 

Pukul 7, nurse datang check bp. Dia tanya, aku tak rasa sakit lagi ke? I said, dah rasa kuat sikit. Tapi aku dok tahan je selagi boleh bertahan, dengan harapan bila VE, dah 7-8 cm.. haha.. Nurse tengok chart aku, anak ke-6... Dia tanya last VE tadi pukul berapa? Dia suruh aku pergi kat bilik pemeriksaan untuk VE. Dah boleh tolak LR dah ni, she said. Aku kata, lepas maghrib la aku pergi. Nak solat maghrib dulu. So, aku selesaikan solat maghrib dulu, sujud lama-lama, doa panjang-panjang.

7.50pm baru aku ke bilik pemeriksaan. It was 6cm (ingatkan dah 7-8 cm πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚) and the nurse suruh tukar uniform. Get ready untuk ke LR. Lama juga nak tunggu nurse datang untuk tolak ke LR. Azan isyak berkumandang, aku solat isyak siap-siap dulu. Lega dah selesai solat semua. Sementara menunggu tu, aku sambung squat sikit-sikit, dan continue berjoget di kala contraction datang. 😬😬

10pm - still belum masuk LR. LR full katanya πŸ˜₯. 

Almost 10.30 pm, check-in LR, bilik 8. The same room masa bersalin Fathiy. Attended by nurse Hidayah & Dr. Fatin (HO i guess) and a soft spoken and cool MO. The team that attended me that night baik-baik semuanya, peramah, cakap pun lembut, tenang sangat dan sangat helpful. Dr. Fatin did VE dan pecahkan air ketuban. Alhamdulillah it’s clear, but still at 6cm..(again i thought lepas tunggu 2 jam nak masuk LR dah progress ke 7-8cm πŸ˜‚)..

nurse tanya nak pethidine tak? Aku iyakan saja. Sebab aku memang tak tidur/rehat dengan tenang beberapa hari. Tapi sebelum dia cucuk pethidine pun aku dah tenggelam dalam mimpi. Hahahaha.. Pukul 11 kot nurse cucuk pethidine dan on drip pitocin. Once dah cucuk pethidine, memang lalok la..😴😴😴

Few times juga aku cuba lawan mata, tapi kembali di awangan. Guess what, aku sampai macam blur apa objektif aku duduk dalam bilik tu... Hahahahah.. Lupa weh yang aku ni nak beranak. Lalok sangat dah tu. Mula-mula berharap sangat baby keluar before the clock strike 12.00. Dapatlah tarikh cun sikit, 20-3-20. Kuat berangan betul kan. Bila jarum jam dah kat angka 12, but rasa nak meneran tu belum datang, mak pasrah dan kembali di awangan. Almost pukul 1 baru mata aku macam sedikit segar, sebab sakit dah mula kuat. Kuatnya sakit tu rasa macam nak pecah, nak meletup perut ni. Seriously, itu je yang mampu aku gambarkan. Memang rasa macam nak pecah perut. 😭😭😭 

Then ada doktor yang tak dikenali (despite of HO and MO yang entertain aku earlier, I believe senior doc or pakar) masuk. Masa ni around pukul 1.00 pagi. They were looking at my ctg result.. Ada something yang mereka bincangkan about my ctg graph. Then doc tu suruh reduce or off kan pitocin because the contraction sangat kuat. She asked them to monitor if there is recovery or not for few minutes more. Masa tu jugak nurse buat VE, 6cm stretching to 7cm. Allahu, punya kuat sakit, baru nak progress ke 7cm πŸ˜“πŸ˜­πŸ˜­

Aku tengok muka nurse macam tak happy. Aku tanya kenapa? Dia kata heartbeat baby rendah sikit tiap kali contraction. Aku terus telan air liur. Fetal distress. Faham dah kenapa doc suruh monitor heartbeat recovery. Kalau without pitocin pun heartbeat masih drop, emergency czer it is. 

Tak semena-mena aku terus rasa macam nak terberak. Aku bagitau nurse. Dia terus kata, bagus. Kalau rasa nak teran, teran je. The second time it came, memang tak tertahan rasa nak teran tu. Nurse, HO, MO ada masa tu. They said, dah fully dilate, cepatnya. 

Nurse terus guide aku untuk teran, curi nafas dan teran, rapatkan kaki ke dada, jangan pejam mata, buka mata dan pandang muka dia or pandang ke perut, they count 1-2-3 for me to inhale and push. Three of them guiding me well. Alhamdulillah at 1.31 am, 21-03-2020, I safely delivered a beautiful baby girl, weighs 3.37kg. Dr. Fatin kata, sukalah tengok, tenang je mak, baby pun tenang.. hahahaha.. Tenang tang manalah tu..

Ohh.. since husband tak boleh masuk LR, in fact memang dia tunggu di rumah je lah lepas aku warded, aku azankan baby sendiri. Had to lah kan. Takkan nak tunggu discharge untuk zawji azan baby kan? Blur jap aku mencari telinga kanan baby. Ho lah, effect pethidine tak hilang lagi. Ade lagi mamai-mamai-lalok aku tu.. hahaha..Dengan suara yang merdu lagi lunak persis juara qariah internasional πŸ™„πŸ™„πŸ™„ aku pun azankan lah bidadari kecil hadiah dari Allah. Si baby ni sama lah dengan kakaknya, lahir dengan vernix tebal penuh seluruh badan. Aku pesan kat nurse yang nak cuci tu suruh biar lama-lama sikit bagi kulit anakku flawless, gebu gebas.. huhu.

Sebelum masuk LR, last aku whatsapp & voice message dgn zawji & anak4, pukul 8 lebih. Lepas tu aku tak tengok dah phone. Dah masuk LR pun, even nurse suruh aku ambil hp, aku just letak tepi bantal je. Dah selamat bersalin, almost pukul 2 pagi, baru aku text zawji bagitahu die dah selamat jadi abi anak 6. Masa tu baru perasan zawji ada text informing yang dia tunggu aku 😭. Tak senang duduk agaknya dia tunggu news dari aku. 

Alhmdulillah baby G6PD normal. Tak perlu berkampung seminggu di wad. Dan boleh discharge tengahari tu jugak. Lagipun, hospital memang taknak hold patient lama-lama waktu musim wabak ni. Proses discharge pun laju je. Kalau dulu, bercinta jugak nak tunggu discharge note. haha.. Nak discharge pun, zawji naik ke wad, jumpa guard, guard akan bagi slip untuk bil. Zawji settlekan bil, naik atas bagi resit pada guard, guard masuk ambil barang-barang bawak ke kaunter depan while aku settlekan other document dan tolak baby cot sampai kaunter depan, zawji boleh tunggu kat situ je. And thats his first time tengok his latest edition πŸ˜‚.


1 comment:

  1. Ya Allah! You are such a strong woman Ily. Nangis sis baca entry ni...rasa sebak & syahdu. Didoakan semoga puteri menjadi sekuat dan setenang ibunya aamiin.

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015