Wednesday, June 17, 2020

Berita Sedih di Bulan Ramadhan 1441H

9 Ramadhan 1441H | 2 Mei 2020

Satu-satunya Nenda yang tinggal yang kami panggil Mok (nenek belah ayah), dijemput Ilahi.
Kali terakhir aku jumpa Mok, exactly setahun yang lalu. Lepas bersalin Fatima dan habis tempoh pantang, kami pulang bersama Ayah dan Mama. Memang dok sebut-sebut juga nak balik Kelantan lepas habis PKP, nak bawa Nusayba pula jumpa tok mok dan tok sedara yang lain.


Kenangan Faheem bersama tokmok.
Masa dapat berita sedih ni daripada Mama, dalam pukul 10 lebih, i cried. Masa break the news dekat zawji pun, i burst into tears. Anak-anak terpinga-pinga tengok ummi menangis. Faheem datang tanya kenapa. Bila diberitahu tokmok dah takde, dia pulak yang menangis hiba, teresak-esak. Dia kata nak balik jumpa tokmok. Jujurnya, kami balik Kelantan once a year. Sebab both me and husband, parents memang di sini. Tapi saudara mara masih ramai di Kelantan. Jadi setahun sekali insyaAllah akan balik, bawa anak-anak jumpa tokmok dan tok sedara. 
Hibanya Faheem sampai ummi pulak terpaksa pujuk dan tenangkan dia. Dia tak boleh tidur, keeps on crying.. Told him, kita tak boleh meratapi pemergian tokmok. Ajal maut semuat di tangan Allah. Semua yang hidup pasti akan mati. Cuma waktunya menjadi rahsia Allah. Kalau Faheem sayangkan tokmok, it's ok kalau Faheem nak nangis dan bersedih, tapi jangan nangis melampau-lampau. Instead, doakan yang baik-baik buat tokmok dan sedekahkan Al-Fatihah, mudah-mudahan Allah mengampuni dosa tokmok, mencucuri rahmat ke atas roh tokmok dijauhkan dari azab kubur, dan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh.

Dia diam seketika. Tak lama tu dia datang dekat ummi. Ummi, Faheem faham apa yang ummi cakap. Tapi Faheem mintak ummi bagi Faheem masa untuk bertenang. 
Well, ok lah sayang. Take your time. Cuma jangan menangis keterlaluan seolah kita tak redha dengan qada dan qadar Allah.


Tak sempat kami pulang, Allah terlebih dahulu menjemput pulang nenda kami. Tak dapat juga kami pulang untuk urusan terakhir jenazah kerana PKP dan ummi pun masih dalam pantang lagi..
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama para solihin.

InsyaAllah kami akan pulang juga ziarah pusara Mok.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015