Wednesday, July 8, 2020

An Attempt of Making Tornado Chocolate Cheese Cake


Entah kenapa, lately, asyik nak mem-baking je. Bukanlah pandai sangat pun. Tapi mood nak baking tu bukan main lagi. Sampai zawji pun cakap, "Buat kek lagi??"..Siap ada wishlist kek nak buat. Alahai.

Macam terapi pulak dah rasanya. Sakit kepala, serabut otak je, buat kek. Pelik betul peel. Yang aneh-aneh je kau ni..Huhu.. Lepas tu makan dengan penuh nikmat. Walau rupa tak seberapa dan rasa pun ok lah, boleh ditelan oleh diri sendiri dan anak-anak. Macam nak pinjam tagline somebody..."Tak cantik tak apa, janji kaya rasa"..Hahahahaha. Haruslah kaya rasa, sebab buat untuk tekak sendiri, pakai bahan-bahan premium..Fuhhh.. Tu yang buat jadi ketagih tu..

Recently, try buat another viral recipe... Tornado Choc Cheese Cake.. Masa mula-mula tengok resipi dia, haihhh banyaknya bahan. Malas betul nak buat kalau pakai bahan banyak-banyak. Entah dirasuk apa pula, tiba-tiba datang kerajinan.. 

Resepi Tornado Chocolate Cheese Cake
Sumber: FB Sarina Seman

Bahan Kek Coklat:
1 cawan susu pekat*
1 cawan susu cair*
1 cawan butter cair / minyak jagung / minyak masak *
1 cawan serbuk koko*
1 cawan gula*
1/2 sudu kecil garam*
4 biji telur saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
- Campurkan bahan-bahan bertanda * dalam periuk, kacau sebati
- Panaskan campuran tadi hingga gula larut berkilat (jangan sampai mendidih)
- Tutup api, rehatkan sebentar.
- Dalam bekas lain, pukul telur (menggunakan whisker sahaja) dan masukkan ke dalam campuran bahan * tadi, kacau sebati.
- Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam campuran adunan, kacau sebati.
- Guna loyang bersaiz lebar (sebab nak dapatkan kek yang nipis), alas loyang dengan baking paper, tuang adunan ke dalam loyang.
- Bakar pada suhu 180'C (my oven guna 160'C) selama 23-30 minit atau sehingga masak. Kukus pun boleh.


Bahan Cream Cheese:
250 gm cream cheese (suhu bilik)
200ml dairy whipping cream (sejuk)
2 sudu besar susu pekat

Cara-cara:
- Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang.
- Masukkan whipping cream, pukul hingga gebu.

Bahan Chocolate Ganache:
250 gm Beryls dark choc (aku campur dengan calebaut dark callets 😋)
250ml dairy whipping cream
2 sudu besar mentega

Cara-cara:
- Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih)
- Tuang whipping cream pada dark choc dan mentega, biarkan sebentar dan kacau rata.

Cara susun:
- Susun lapisan kek dan cream cheese seperti berikut..
kek coklat - cream cheese - kek coklat - cream cheese
- Tuang coklat ganache diatas lapisan paling atas dan ratakan.
- Tabur choc flakes/choc nibs/choc rice/choc chip.
- Sejukkan

Expectation...
Tengok pun dah tempting sangat...



In the making..


Reality...



Walau rupa paras tak menawan seperti expectation, rasa dia....nyumssss... Memang bikin ketagih. Selagi ada dia dalam peti, dok mengulang makan. Jangan tanya apa itu kalori..Hahaha.. Dan jangan bising kalau pinggan tak ramping. Cesss.. Tak manis sangat pun ni. Rasa pahit-pahit dark choc tu yang memikat.. Aduhhh.. 

Yang penting, anak-anak suka. Ummi bahagia.. Tu yang sokmo datang mood nak baking tu..

4 comments:

  1. wow nice anak anak pasti suka ni... langsung habis sekejap, makan dan buat lebh cepat makannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak memang suka.. akan ulang makan sehingga habis :)

      Delete
  2. Tak apa kalau kejadiannya tak menawan. Rasa tu yang paling penting. Nampak macam sedaaappp ni.. cheese dan chocolate tornado tuuu.. bunyinya saja buat orang teringin dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makan sendiri, rupa letak tepi..hihi..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015