Wednesday, July 1, 2020

Penangan Burnt Cheesecake


Jujurnya, aku bukanlah peminat cheesecake. Selalunya kalau makan cheesecake, 1 slice dah cukup. Itupun di hujung-hujung macam memaksa diri makan sebab dah muak 😐

Tapi saja lah nak try resipi Burnt Cheesecake yang dok viral ni.
Niat nak cuba baking tu daripada bulan puasa lagi. Malangnya, susah betul nak jumpa cream cheese dan whipping cream. Tiap kali zawji nak keluar beli barang, mesti akan ada 2 ketul benda ni dalam list. Tapi sokmo lah tiada rezeki. Berapa buah kedai zawji terjah, dari pasaraya ke kedai bakeri, tetap tak berjodoh. Tiap kali ke kedai, zawji akan snap dan hantar gambar rak yang dah kosong. Hampa hati mak. hahaha..Kadang-kadang tak pesan pun, tapi tiba-tiba zawji snap gambar tengah beratur depan Bagus Bakery atau Bake With Yen, dengan soalan, nak beli apa-apa tak? Kalau dah kedai bakeri, 2 ketul tu jelah yang nak dicarinye pun. kihkih..Dekat Bagus Bakery, dia tampal siap-siap dekat luar kedai item-item yang dah sold out. Sedih je bila tengok ada nama si cream cheese ni tersenarai. 

Lepas raya oiii baru bertemu si cream cheese. Laku keras kau ye.

Aku pun apa lagi, berbekal skill super duper amatur, cari resipi paling simple, tak perlu mixer bagai.

Cubaan pertama. Ber-cheesecake sempena Hari Bapa.
Cubaan pertama dah derhaka resipi.
Aku buat 2 jenis. Sebab kan dah mention kat atas, aku ni bukan cheesecake lover. So, takut kalau yang plain tu tak berapa nak masuk kat tekak kampung-people ni. 
 I baked plain burnt cheesecake & burnt oreo cheesecake. Bakar dalam air fryer cap-hayam. huhu..

Burnt oreo cheesecake. Hitam tu bukan rentung tau. Itu crunched oreo. Kononnya nak buat layered..Haihh, baru first time nak buat, dah acah-acah hebat nak ber-layer bagai kan. Tapi salah teknik, maka oreo semua mengapungkan diri..haha.. 

The plain one in heart shape. 

Close-up cross section. Mujur lah si oreo tu nampak cantik jugak kejadian apungannya walaupun silap teknik..

My verdict lepas makan burnt cheesecake ni, just nice dan tak muak. Resipi yang aku follow ni tak manis sangat. So, rasa sedang elok je tekak. Nyummss..
Anak-anak pun laju je makan. They ate with choc syrup. Lagilah laju je masing-masing menyuap.. adoiiihhh..

Disebabkan resipi ni mudah, simple dan kau tak perlu risau pun kejadian rupa parasnya sebab dia memang tak perlu cantik flawless gebu gebas pun, confident lah sedikit nak mencuba lagi.

So i bake again for Faheem's birthday on 29th June. 2nd attempt, aku cuba buat burnt nutella cheesecake pula. Tapi birthday boy request tambah crunched oreo dan choc chips. Nekad nak buat layering juga kali ni. Hahaha..


Happy 9th birthday abang Faheem. Semoga menjadi anak yang soleh lagi musleh, cantik akhlak dan peribadi, dilapangkan serta diterangkan hati agar mudah menghafaz dan mengamalkan qalam Allah, semoga sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan, sejahtera serta cemerlang di dunia dan akhirat. Allahumma ameen.

This time bakar dalam oven sebab loyang ni tak muat nak masuk air-fryer.
Mak ni tak pandai sangat dan belum mesra oven lagi walaupun oven tu dah 5 tahun tercongok di situ. Sekali sekala je pakainya, jadi cuak tu adalah. Tak berapa nak burnt sangat sebab takut terlebih bakar. Aduhai..

The close up. Berjaya melapiskan ia walau rupa tak berapa nak cantik. Tak kisahlah. Janji selamat licin masuk ke perut zawji dan anak-anak.

3rd attempt..Burnt nutella-choc chips cheesecake again.
Alhamdulillah cantik kejadian burnt nya. Hopefully rasanya ok lah dan menepati piawaian penerimanya. Saspen je mak. haha..

By the way, aku pakai resipi kat bawah ni je..

250g cream cheese
125ml whipping cream
2 sudu besar tepung gandum
3 biji telur
1/2 cawan gula (kalau nak manis boleh buat 3/4 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla
(TQ pada yang share resipi mudah ni..)

Blend je semua bahan sampai sebati. Tuang dalam loyang. Bakar pada suhu 160-170 degree, 30 minit. Boleh pakai air fryer ataupu oven api atas bawah.

Masa buat layering, aku tuang separuh dulu adunan, bakar 10-15 minit. Then sapu/piping nutella ke blueberry jam ke or nak tabur choc chip, terpulang..Lepas tu tuang baki adunan, bakar 20 minit or until dapat permukaan burnt yang dikehendaki.
Yang last attempt tu, after 20 mins, still macam tak berapa burnt, aku naikkan loyang ke para atas sedikit, dan tukar api atas sahaja, bake another 5 mins. Barulah aku puas hati dengan paras rupa hasil pembakaran..kihkih.. 


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015