Nasi goreng... Orang kampung aku panggil fried rice.. Aku kalau malas nak fikir masak lauk apa, umpan anak-anak, nak nasi goreng tak??? Biasanya laju je depa jawab “Nakkkk”. Senang hati mak. Tak payah pening-pening fikir.
Nasi goreng aku takde nama macam chinese fried rice ke, egg fried rice ke, kampung fried rice ke.. Apa bahan yang ada aku campak je semua. Semua pun fried rice..
Ni contoh aku masak fried rice, Not an egg fried rice ala BBC. (apesal ko tak boleh sebut nasi goreng? asyik fried rice, fried rice je dari tadi )
Tumis bawang, cili api, cili merah yang dikisar kasar... Kalau ade ikan bilis, kisar sekali dengan bawang dan aku suka tumis sampai garing-garing sikit ikan bilis tu.. Takde ikan bilis, letak kiub ikan bilis pun boleh.. Masukkan rencah yang ada, ni aku pakai fishball je dengan kacang buncis.
Nasi ni, beras aku cuci bilas dulu, masak dalam rice cooker. Aku tak biasa pakai saucepan. Sukat air pun aku pakai jari ja. Ikut senggat jari, tak pakai cawan macam BBC. Masak dalam rice cooker tu sampai air kering. I dont use colander to rinse my rice when its boiling.
Nope. Not like this..Not my way of cooking rice..
Pastu gaul je rata sampai nasi dengan rencah dan telur sebati, sekata. Kalau nak bagi warna cantik sikit, letak lah kicap sedikit. Kadang aku malas, pucat pun pucatlah. Ada sikit-sikit warna hijau merah cili dengan sayur tu ok dah.
Nah! Definitely not a BBC egg fried rice 😄
#sekadarhiburan
#dontbetooserious
Cakap pasal nasi goreng.. saya selalu buat nasi goreng campak2. Campak2 tu dari segi bahan-bahannya, letak apa sahaja yang jumpa dalam fridge atau guna je lauk2 semalam. Asalkan jadi bentuk nasi goreng. Hehe
ReplyDelete