Monday, September 28, 2020

Insiden Berdarah Lagi


Insiden berdarah untuk kali ketiga tahun ini. Masa PKP hari tu, dahi Fathiy berlubang kena bucu frame pintu. Dan dalam PKP juga, mulut Fatima berdarah terhantuk dekat meja. Takde pulak ummi post kisah Fatima ni..hahaha..

Ini insiden ketiga, TAHUN INI. Jangan dibilang tahun-tahun yang lepas. Ikutkan ada je lagi insiden berdarah lain. Abang jatuh basikal etc. Tapi tak seram sangat sebab luka tersagat manja je. Berdarah lah jugak sikit.. 

Kalau tak silap, last 2 weeks.
Abi ada mesyuarat di hari Sabtu. Tinggallah ummi bersama para hero heroin di rumah. MAsa kejadian, abang Faheem dan Faqeeh dekat bilik. Fathan dan Fathiy tengah main basikal dekat porch. Ummi tengah kelek Nusayba. Tiba-tiba ummi dengar kecoh-kecoh abang kenit berdua bergaduh, lepas tu both menangis meraung. Dengar Fathan cakap tangan Fathiy berdarah. Kelam kabut jugaklah ummi bingkas bangun. Nampak Fathiy dulu, dia hulur tangan, tunjuk darah. Ummi belek tangan dia, kena dekat mana pulak ni? Luka kat mana?
(kalau tengok dekat belah kanan dahi Fathiy tu ada parut luka yang kena bucu frame pintu dulu..huhu)


Lepas tu toleh pulak dekat Fathan yang masih dekat luar..
Gulp!
Meleleh darah dekat dahi.
Allahu anakku.. Hari tu terbelah kening kena bucu railing tangga..Ni kena apa pulak niii???  
(Rupanya darah pada tangan Fathiy adalah darah yang menitik dari dahi Fathan. tapi boleh tahan juga drama Fathiy menangis seolah-olah dia yang kesakitan..Aduhaiii)


Dia bercerita sambil nangis dengan German accent yang pekat memang susah lah ummi nak faham. Calming his down, sambil tenangkan diri sendiri supaya tak gelabah dan panik kan. Ummi cuci lah luka dia.. Mujur tak besar dan tak terbelah macam kening dia dulu. Ngeri nak kenang balik tengok luka kening terbelah tu.. Bertambahlah parut kat dahi awak Muhammad Fathan yang soleh lagi pintar.


Lepas cuci, sapu ubat kuning, tepek kapas dan plaster. Dia pun selamat melompat riang kembali seolah tiada apa..Haishhh..Bila tanya balik luka tu kena apa? Dia kata kena kunci. Mangga kunci agaknya. Masa ni nampak flat je. Esoknya, membenjol macam flower horn. Tapi dia tetap cergas dan aktif. huhu..


Begitulah anak-anak sedang membesar. Memang kena standby First Aid Kit dan ubat-ubat yang berkaitan. 

Semoga membesar dengan sihat dan cergas, jadi insan yang hebat dunia dan akhirat.

7 comments:

  1. Allahu rabbi... Seriau tengok darah-darah ni :( moga cepat baik ye Fathan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seriau kak. Walau dah beberapa kali jadi, berderau jugak jantung mak. Cuma mungkin bila tengok darah macam dah berhenti mengalir, cool lah sikit..

      Delete
  2. allahu..bila anak ramai..cabarannya..adoiyai..dapat faham macam mana..sebab da selalu jaga anak buah 4 orang..heheh..moga cepat sembuh yea..

    adoii tak tahan yg german accent tu..kelakar nok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero ramai..memang kena bertabah je lah.. tengah aktif dan melasak masing-masing pun. dan tgh fasa nak explore banyak benda.

      Delete
  3. Itulah cabaran anak2 tgh membesar ni, luka sana, luka sini sampai berjait tu sudah lumrah hihi..jadi mak ni kenalah bersedia fizikal dan mental dgn semua cabaran tu.
    Anak2 akk masa kecik pun macam ni..dahi, dagu tu mmg selalu luka, dan ada yg berjahit juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah.. masing-masing mesti ada ragam sendiri. mak memang kena standby je first aid kit utk berdepan dgn emergency. Ni mujur sikit je darahnya.. Kalau banyak tak berhenti, mak pengsan dulu kot. hahaha..

      Delete
  4. Hahhaa german accent!

    Seram la tgk berdarah2 ni.. nasib baik ada first aid kit kat rumah. Memang kena sediakan satu juga ni..

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015