Friday, November 26, 2021

Kuih Koci Sedap dengan Inti Padat

Ummi sebenarnya lama dah perhati kuih koci ni lalu lalang dekat IG. 


Asalnya ummi follow IG Baitun Classic ni sebab lontong kering. 


Teringin nak rasa sebab terkenang-kenang lontong kering yang dijual di pasar tani office lama ummi dulu. Tambah pula ummi tengok lontong kering BC ni ada sambal paru, memang favourite ummi ni. Tapi lontong kering Baitun selalunya slot hari Jumaat sahaja kalau tak silap ummi. Ditakdirkan masa masih bergilir ikut jadual masuk kerja di kala PKP dulu, sokmo lah giliran ummi masuk pejabat hari jumaat. Takde kesempatan la ummi nak order. 

Tapi, terpikat pula tengok kuih koci nya. Nampak menyelerakan. 


Kebetulan hari tu ada majlis perpisahan di pejabat ummi, kawan ummi E yang selalu in-charge bab makanan ni dah kebuntuan bila seller kuih yang biasa E tempah (which merupakan kawan kepada E) telah kembali ke rahmatullah. Ummi teringat la si koci yang gebu asyik lalu lalang di IG. Diam-diam ummi order la satu set si kuih koci. 

1 set kuih koci datang dalam setalam raga rotan ni. Apa nama dia ya.. Lupa dah ummi.. 


Ada 30 ketul koci. Kuih koci nya memang gebu gemuk. Memang sedap di tekak ummi. Santan pekat lemak-lemak masin, dengan inti kelapa yang penuh padat tetapi tidak terlalu manis.. Memang sedap syahdu bila bergabung dalam setiap kunyahan. Gittewws.. Serius sedap. 



Ummi order juga ni, kalsom meets ragoo.. Bubur somsom sagu kalau dalam bahasa kampung ummi. haha..





Mek nusayba ni kemain suka. Habis sampai ketulan sagu terakhir 😂




4 comments:

  1. antara kuih yabg sedap untuk dimakan begitu sahaja

    ReplyDelete
  2. Nampak pun sedap Ily...
    Uish, pulun ye dia makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kak. tak manis sangat. tapi secukup rasa lemak manis masin dia tu.. alhamdulillah.

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015