Lama rasanya ummi tak melewati kawasan Dagang Avenue, baru tahu ada kewujudan kedai-kedai baru.
Java BBQ ni ummi dapat tahu dari rakan sepejabat. Dia kata teringin nak pergi, tapi jauh di Ampang. Dia tinggal di Setia Alam. Ummi pun belek-belek la IG. Menu nampak menarik. Ada western, ada nasi & nasi goreng..
Ajaklah abi cuba makan disitu. Masa belek IG, perasan yang admin kata akan buka Java Coffee, rupanya bersebelahan je dengan Java BBQ. Ok, boleh try both.
Sementara tunggu kopi dan koko siap.
Ummi order iced mocha dan hot choc di Java Coffee.
These are from Java BBQ.
Malas nak senaraikan makanan yang dipesan. Tengok gambar resit je lah di bawah nanti. haha..
Yang ni ummi order sebab tengok dekat IG menyelerakan betul.
Tapi for me, bolehlah.
Abi's.
Kambing black pepper dia boleh tahan juga.
Faheem's
Buttermilk chicken. Tak dapat menawan hati ummi.
Faqeeh & Fathan
Ok lah for kids. Not so bad.
Nusayba's
Frust sikit, the mushroom soup rasa macam instant soup. Kurang kick.
Makan kongsi-kongsi semuanya.
Ovomaltine butter cake & biscoff buttercake
Overprice sungguh rasanya. Kalah Secret Recipe. It's buttercake, dan cream a bit manis. Ok lah, but not to crave for.
Harga sepotong kek 💁.hurmm..
Bagi ummi, biasa saja
Bolehlah makan, tapi tak sampai terkenang-kenang.
Selepas makan, kebiasaan kami memang akan susun kemas, kutip/lap yang tumpah-tumpah tu. Memudahkan pekerja nak kemas nanti.
Dulu masa nak tunggu sambung degree, ummi pernah kerja di restoran. Jadi faham la renyah nak kemas kalau sepah-sepah makanan berterabur tu.. huhu..
wah, menarik untuk dicuba nanti nii sebab Ampang pun dekat dengan Wangsa Maju
ReplyDelete