Baca berita tentang nahas kemalangan jalan raya yang mengorbankan 10 nyawa di Lebuhraya Elite buat hati ummi sebak, sayu. Innalillahiwainnailaihirajiun.. Tiap kali scroll FB dan nampak berita tu, tiap kali tu lah ummi nangis. Ummi tak kenal mereka, tapi... Allahu.. Ummi tak boleh nak bayang keadaan mereka 9 beranak yang terperosok di bawah lori tu.. Dengan bayi kecil 10 bulan.
Seorang anak mangsa yang tidak ikut serta terselamat. Allahuakbar, bagaimanalah perasaan dia..
Dan bagaimana pula perasaan si bapa.. 😭😭😭
Bila baca perkongsian salah seorang saksi terawal, bilamana si ayah/suami ini memohon bantuan dan menyatakan isteri dan 8 orang anaknya di dalam kereta yang terperosok di bawah lori.. Allahu Allah, ummi yang baca ni pun terus rasa longlai, laju airmata ni turun..
Moga Allah beri ketabahan buat ayah/suami ini dan anaknya. Pasti ada ganjaran dati Allah buat kalian atas ujian yang ditimpakannya.
Dah 2 hari curahan hujan tak berhenti..
Banyak tempat dah dinaiki air.. Allahu.. Shah Alam dan Klang katanya antara yang terburuk berbanding banjir di tahun-tahun sebelum nya..
Hujan yang berterusan melebihi 48jam, ditmbah dengan fenomena air pasang basar memburukkan keadaan. Khabarnya malam ni ada lagi air pasang besar, dijangkakan banjir akan memburuk. Semoga semua yang terjejas dapat dipindahkan ke tempat yang selamat.
Yang terkandas di atas jalan pun satu cerita. Seorang sahabat ummi terkandas di Lebuhraya Persekutuan menghampiri Bulatan Kayangan. Stuck, trafik tak bergerak lansung. Berejam dia di situ. Di saat ini pun masih belum lepas lagi ke Guthrie.
Adik ummi di Gambang, Pahang pun tak boleh keluar kemana. Jalan masuk semua dinaiki air. Alhamdulillah rumah adik tinggi sedikit, jadi masih selamat.
Seorang lagi kawan ummi, saat ummi menaip ni, beliau on the way nak balik ke KL dari Pasir Puteh, Kelantan. Hanya sampai ke Gua Musang, terpaksa berpatah balik. Ummi ada terbaca petang tadi, bandar lama Gua Musang pun dah banjir. Jalan Karak-KL pun ditutup sebab ada tanah runtuh..
Ni air empangan pula terpaksa dilepaskan sebab dah melepasi paras bahaya. 😥
"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu".
Hud, Ayat 44
Semoga mangsa banjir dlm peliharaan Allah dan dipermudahkan segalanya... 😔
Memang meramu air mata akk setiap kali baca pasal kes kemalangan tu. Sedih sangat.
ReplyDeleteApapun Allah lebih mengetahui hikmah disebalik ujian yg diberi-Nya.