Monday, December 6, 2021

Passing Notes

Ummi terbaca status cikgu MFS ni..



Terus ummi gelak sendirian..

Dan terimbau..kenangan mengusik jiwa..
Masa degree, about 15 years ago. Ingat sangat subjek masa tu, Research Methodology.  Yang mengajar pun bukan calang-calang. Dr. Suhaimi (dah Prof. Ir. Dr. dah rasanya beliau sekarang) yang terkenal dengan ketegasannya.. 

Kelas ni crowd nya besar, so kami akan duduk dalam auditorium.. Ummi dan kawan-kawan 8d8 (friends from diploma), biasanya duduk di barisan kerusi yang di tengah-tengah. Tak terlalu depan dan tak jauh ke belakang. 

Suatu hari di bulan puasa, semasa di pertengahan kelas, sedang pensyarah mengajar di depan, tiba-tiba suara beliau memetir bak halilintar..

Yang kat belakang tu dok passing apa? Tersengih-sengih, apa yang kamu tulis tu? Saya dok perati je dari tadi..

Gulp!

Beliau minta serahkan kertas tu pada beliau. Kami terpempan seketika. Jantung berdetak laju. Berpeluh-peluh rasanya walau duduk dalam auditorium yang dilengkapi pendingin hawa. Melihatkan tiada seorang pun bergerak menghulur nota pada beliau, beliau bersuara lagi..

Saya nak sesiapa yang tulis, pegang dan pass nota tu, sila keluar. Otherwise, saya takkan sambung kelas. 

Dewan mula riuh. Semua tertoleh-toleh cuba mencari siapa gerangan yang buat onar agaknya. Semua pasti bengang sebab ada yang mengganggu perjalanan kelas. Atau mungkin gembira juga andai kelas diberhentikan awal..hihi..

 Ummi dan kawan-kawan yang duduk sederetan berkira-kira, nak keluar atau tidak. Kawan ummi yang paling hujung suggest ummi dan kawan di sebelah ummi supaya stay dalam dewan. Biar dia dan yang lain-lain je keluar. Tapi tak logik la, sebab akan melangkaui dua orang. Ayat pensyarah terngiang-ngiang di telinga, "siapa yang tulis, pegang dan pass sila keluar".. Sudahnya, kami sepakat, semua keluar.. Masa kami bergerak keluar tu, gegak gempita satu auditorium.. Terasa seperti budak nakal sangat masa tu..

Kami turun, serahkan sekeping nota kepada pensyarah dan terus keluar. Tapi, kami tak terus pulang. Kami duduk berkumpul di tangga luar auditorium. Sekumpulan budak-budak nakal. hahahaha.. Ada yang cadang nak terus balik, ada yang suggest untuk tunggu sehingga habis kelas dan confront pensyarah. Kami ni ala-ala nerdy, geng-geng anak emak. Cuak betul bila jadi begini. We stayed. Kami rasa tak sedap hati kalau terus balik tanpa permohonan maaf kepada lecturer. Sambil-sambil membayangkan apalah agaknya reaksi pensyarah bila baca nota bergerak kami nanti. 

Habis kelas, bila semua pelajar lain dah mengosongkam auditorium, kami masuk menghadap pensyarah. We said sorry. Kami dah sedia nak kena marah. 

Pensyarah kata.. ingatkan passing nota apa, rupanya pasal nak buka puasa.. Tak boleh tunggu habis kelas ke baru bincang? 

Hahaha.. 

Bab makan, celungap masing-masing oii..

Kisahnya, one of my friend berhasrat untuk buka puasa bersama-sama. Sebab kami ni, 8-10 orang menyewa di rumah berasingan dan ada juga yang berulang alik dari rumah parents. So, kononnya nak buka puasa ramai-ramai lah kan. Kawan ummi yang mastermind ni pun tulis dalam sekeping kertas. Rancangan berbuka puasa. Dia senaraikan semua nama geng kami dan table untuk kami tanda setuju atau tidak. (Lebih kurang begitulah. ummi pun dah ingat-ingat lupa). Maka, berjalan lah sekeping kertas tu dari satu tangan ke satu tangan. Ummi sekadar tick di ruangan setuju dan pass ke kawan di sebelah. Rupanya, ada kawan ummi yang siap tulis nota selingan, ada yang lukis trademark nya.. Maka bila pass ke orang seterusnya, haruslah mengundang sengih dan tawa. 

Saat kawan ni sengih la kena sergah dek pensyarah sebab dia dah perasan sebelum tu lagi ada yang main passing something. 

Pensyarah pun sekadar ketawa kan kami, cuma adalah sedikit pesanan tentang hormat kelas dan pensyarah yang mengajar di depan. 
Beliau sempat berseloroh, dah pergi balik, nanti tak sempat buka puasa pula kamu semua.. hihihi..

Nak dijadikan cerita, setelah kes itu, masa final semester (2 semester lepas kejadian kalau tak silap), supervisor untuk final year project ummi berjiran bilik dengan Dr. Suhaimi. Maka kerap jugalah ummi terserempak dengan beliau. dan selalu jugak ummi di bahan dihadapan supervisor ummi. Nasib la labu.. Supervisor ummi pun tahu je kisah kami di halau tu..hahaha..

Kenangan sungguh.
Bila dikenang-kenang, alhamdulillah Allah gerakkan hati kami untuk tunggu sehingga kelas tamat dan bersemuka dengan pensyarah. At least, it shows that we still respect our lecturer. Kami bukan budak nakal pun. Housemate ummi pun terperanjat dan tak  percaya kami buat onar...Cuma bab makan ni, keterujaan kami lain macam sikit. hahahah..Kalau kami berlalu pergi je masa tu, mungkin kami akan sentiasa kena mark dengan beliau sebagai geng budak nakal. Allahu.

Penutup.
Kalaulah cikgu MFS tahu kisah passing notes versi budak darjah 2 vs versi student degree ni.. pasti beliau tepuk dahi. 🤭

1 comment:

  1. nasib baik masih ada adab lagi...

    susah belajar jika tiada adab..

    ilmu tak berkat

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015