Wednesday, December 8, 2021

Rai Hari Tua. Syukur Alhamdulillah.

30 November

Bertambah lagi angka umur. Makin tua. Haha..
Terlalu banyak pengharapan, buat diri dan keluarga. Banyak yang ummi harap ummi dapat buat, tapi belum tertunai atau terlunas. A couple more years, mungkin dah boleh isi borang bersara opsyen. hihi..

Moga Allah berkati setiap perjalanan usia hidup ini dan beri kesempatan untuk ummi laksanakan apa yang ummi hajati. 

Terima kasih abi, belanja makan Marrybrown. Tahu tak, sejujurnya, first time ummi makan MB tau. Not bad juga rasanya. Tapi tak sempat nak snap gambar buat kenangan. Kalau compare dengan KFC, ummi rasa prefer MB lagi. 

Abi kata sorry sebab tak buat event besar 🤣🤣🤣 Sepanjang kenal dan berumahtangga, memang seadanya je pun sambut birthday. Ummi pun tak mengharap kejutan dari abi sebab faham sangat dah. Biar ummi je buat surprise untuk abi dan anak-anak. kihkih..Cuma kalau tiba-tiba abi buat kejutan, memang ummi terkejut sungguh la..haha.

Tapi, ummi terharu sangat sebab pagi tu, abi bukan orang pertama yang wish ummi birthday seperti kebiasaan.. Tapi, dia suruh setiap seorang anak, dari sebesar Faheem hingga si kecil Nusayba, salam dan wish birthday pada ummi. Lepas selesai anak-anak semua, baru dia pula wish pada ummi.. Thank you dear.. 

Raikan diri sendiri.
Bila usia dah makin meningkat ni, taknak serabut fikir banyak dah. Tak perlu nak merajuk kalau orang tak rai kita ke apa. Raikan diri sendiri. Rasa teringin nak makan apa, beli. Rasa berkenan dengan sesuatu, beli. Asal berpada-pada dan tidak boros.

Hari birthday ummi, ummi WFH. Bingung juga duduk berseorangan buat kerja, tak tahu nak makan apa. Sudahnya ummi order oden dan ramen cheese dari FamilyMart. 


The next day masuk kerja, teringin nak makan kek. Tapi malas jalan jauh. Jadi ke McD je, beli set McCafe Drinks & Cake. Rm12+ je. Hot latte dan 1 slice dark begium cake. Nikmat.


3 Disember (Jumaat) KL cuti pelepasan asbab menang bola sepak. Tapi office abi tetap kerja. Dan anak-anak pula, sekolah seperti biasa. Maka, tinggallah ummi dan anak dara berdua. Girls party gitu..

Belek-belek aplikasi ZusCoffee, ada voucher birthday. Buy 1 handcrafted coffee, dapat free 1 slice cake. Haruslah redeem kan. 


Cocoa mocha frappe & choc fudge cake untuk ummi. Mac & cheese untuk anak dara berdua.



Alhamdulillah.
Cukuplah rai diri tu..
Asyik rai dengan makan, jangan lupa perbanyakkan amal ibadat, rajin panjatkan doa kepada Allah, banyakkan bersyukur dengan segala nikmat yang diberiNya selama puluhan tahun dipinjamkan nafas...
Allahumma ameen.








 

1 comment:

  1. Sanah helwah Ily!
    Moga panjang umur, sihat dan gembira selalu dan beroleh berkat pada umurnya aamin.
    Macam pakai kopiah Pasti je sorang tu :p Comel haha...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015