Kisahnya, dalam awal Disember 2021 kot, abi tanya baki cuti ummi ada berapa. Memandangkan tahun 2021 kebanyakan waktu masih bekerja dari rumah, jadi bilangan cuti diambil pun tak banyak. Nak bercuti-cuti pun, di awal tahun tu masih tak dibenarkan rentas daerah, negeri kan. Jadi, tersimpan rapi lah cuti tahunan. Bila dah dibenarkan rentas merentas, orang lain dah selamat meLangkawi dan menGenting.. Kami masih krik krik krik di rumah 😅. Abi kata baki cuti dia ada belasan hari. Tapi untuk bawa ke tahun depan, hanya dibenarkan 5 hari sahaja. Jadi banyak lagilah cuti beliau. Maka, beliau ajak cuti seminggu pada minggu terakhir. Ummi pun on saja. Asalkan ummi dapat simpan GCR maksima. haha. Carry forward cuti adalah dalam 4 hari kot.
Ditakdirkan, bulan 12 tu memang sangat hectic buat ummi, tahap ummi rasa nak muntah sangat dah dan sakit kepala. Dan minggu sebelum ummi cuti, ketiga-tiga bos ummi takde dan keluarlah memo untuk ummi menjalankan tugas bos besar. Haihh 😓😣.. Jadi memang sesuai sangat ummi ambil cuti di hujung tahun. huhu..
Tapi, nak dijadikan cerita, sampailah ke hari isnin minggu yang ummi ambil cuti tu, abi kata cuti beliau belum approve. Ummi pun jadi blur.. Nak cuti ke tak ni?? Nak booking hotel/homestay pun tak berani, kot memang cuti tak approve kan. Ditambah pulak dengan musim hujan dan baru je kes banjir di Selangor, Pahang, Melaka.. Nak kemana pun tak tahu..
Abi ada kata nak ke Kuantan. Lawaklah abi.. Nak bercuti bawak anak-anak ke Kuantan apanya masa tu dengan Karak pun masih tutup sebab terkesan banjir hari tu. Nak suruh anak-anak berenang merentas banjir agaknya 😂😂😂 Maka ummi pun cubalah survey-survey homestay dengan spesifikasi utama ada private pool untuk keseronokan anak-anak. Hari selasa nak gerak, isnin baru nk cari oii. Mostly yang ummi tanya, dah fully.booked sampai awal Januari 2022.Ada lah sebuah dua, tapi ratenya macam boleh ajak 2 family join sekali. huhu..
Ummi dah pening. Surrender lah bab mencari homestay ni. Nak book hotel, anak kami ramai kan.. Malas nak angkut toto bagai. Dan jenuh ummi nak memgemas semua. Penuh kereta satu hal lagi. Pulak tu, menGoogle sambil melayan kerenah askar 6 ketul tu, berasap dah kepala ummi. Bila abi balik dari urusan beliau di luar, ummi serah jelah tugas mencari homestay tu dekat abi. Ummi nak sambung masak pula.
No comments:
Post a Comment