Abi dapat book homestay dilengkapi private pool. Alhamdulillah.
Maka, ke Port Dickson lah kita ye anak-anak semua.
Ada apa di Port Dickson?, tanya anak-anak.
Ada pantai/laut, ada kolam..
Yeahhh...semua bersorak riang.
Bertolak dari rumah dalam pukul 10.30pg sebab abi ada urusan sedikit pagi tu. Ummi cuma goreng nugget sahaja untuk alas perut dan juga bawa bekal puding roti yang ummi buat mlaam sebelumnya. Selebihnya abi beli biskut, air kotak dan juga roti sebagai bekalan anak-anak yang tak menentu waktu laparnya.
Budak semangat nak berjalan. Abi pesan buat kerja dulu kalau nak ikut abi. Bangun pagi, mandi, dia terus buka buku buat latih tubi. Abi minta 3 mukasurat, 7 mukasurat dia lunaskan. Memang kuat semangat yang seorang ni.
Sampai Port Dickson dalam pukul 12 tghr. Check in pukul 2. Jadi kami ronda-ronda dulu sebelum check-in. Tepat pukul 2 baru kami check in ke Homestay Qaseh Imani. Tercari-cari mana owner, macam tiada orang yang tunggu pun. Rupanya owner tinggalkan kunci dalam safety box kecil. Dia bagi passcode, tadaaa ada kunci.. hihi..
Bersih, kemas dan teratur je. Tatarias yang simple tapi menarik. Selesa.
Ada 3 bilik, 2 bilik air. Bilik 1 & 2 dilengkapi pendingin hawa. Toilet dalam master bedroom, equipped with water heater.
Bar counter. Ada Coway, ada complimentary biscuits/snacks.
Dapur. Lengkap dengan dapur masak, gas, microwave, peti ais. Kuali, periuk dan pinggan mangkuk pun ada disediakan. Lengkap semuanya kalau nak masak sendiri.
Di ruang belakang ada laundry area dan mesin basuh.
Bawah ni, ruang kegemaran anak-anak.
Kolam!!!
Seronok masing-masing berendam. Baik yang besar, mahupun yang kecil sekali tu. Dah menggigil kesejukan pun taknak keluar dari kolam. Bahagia berendam.
Beli jiwa anak-anak setelah lama terperap dalam rumah kan. Berendam seharian pun takpe mereka ni. Haihhh.. Lain kali pulak lah ye. Nak bercuti, sambil jalan-jalan cari makan dan menikmati panorama alam juga. Nanti kita cuba cari lagi homestay with private pool.
Homestay Qaseh Imani ni memang selesa, tidur pun lena.. Boleh repeat lagi, insyaAllah.
Alhamdulillah 'ala kulli hal
Menarik ni... ada rezeki, boleh buat pool cenggini di rumah kan?
ReplyDeletePandai owner cari idea... simple je kolamnya.
Macam kolah je kan. Kalau ada tanah luas memang dah buat seketul ni.. hihihi .
Delete