Friday, January 21, 2022

2021 Y.E.H #3: Jelajah Pantai Port Dickson

Apalah makna sampai Port Dickson kalau tak jejak pantai kan. Tambahan pula, Nusayba baby PKP ni dan kakak Fatima tak pernah lagi pijak pasir pantai. Kita bagilah mereka pengalaman bermesra dengan alam ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Maka, kita buat sesi jelajah pantai.

Pantai Cahaya

Sementara tunggu nak check in homestay, singgah sini ambil angin laut sekejap. Sambil-sambil makan snek, biskut.












Pantai Teluk Kemang

Ini memang destinasi tumpuan ramai sebab pantainya yang luas. Banyak aktiviti boleh dibuat disini. Tapi kami jalan-jalan je ambil angin, menikmati panorama ciptaan Allah. Seronok anak-anak berlarian di pantai. Mujur ummi tak nyanyi ๐ŸŽผ๐ŸŽถbercanda di pasiran pantai... ๐ŸŽถ๐ŸŽต














Pantai Cermin

Dari Teluk Kemang, abi ajak ke Tanjung Tuan. Abi kata nak cari pantai yang dekat dengan rumah peranginan Sime Darby yang kami pernah stay dulu. Ummi Google, membawa kami ke sini. Tak ramai orang dekat sini sebab ia sedikit tersorok. Boleh nampak Lexus Hibiscus dari sini.. hihi.. Tak mandi-manda pun, layan view sunset je..












 Kami silap sebenarnya. Bukan nak pergi pantai yang ni walaupun ni memang dekat rumah peranginan SD.. Pantai yang kami nak pergi tu sebenarnya Golden Sands. Dah balik baru ummi teringat namanya. Rumah SD yang satu lagi, Sinaran Selat. Tapi kalau tak silap ummi, menurut kata Abe (BIL), SS tu dah bukan milik SD kot. Sebab tu bila search tak keluar yang SS tu. 

Next time lah, kalau ada rezeki lagi, nak bawa anak-anak ke area Golden Sands dan Blue Lagoon pula  BL ni memgimbau kenangan ummi muda-muda, masa arwah paktok dan maktok (atok nenek ummi belah mama) rajin ajak anak cucu mandi laut. Every year memang wajib pergi PD tau dulu..

Rindunya dekat arwah ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ญ Al-Fatihah buat nenda-nenda tercinta, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian. 













4 comments:

  1. Seronok sangat nampaknya tu anak-anak dapat main pasir hehehee...
    Ini betul-betul sesi jelajah pantai ya banyak pantai yang pergi tu tapi kenapa satu pun tak mandi manda eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… ummi nya tak berapa gigih nak menjaga anak6 mandi manda. insyaAllah besar sikit esok bawak bagi merasa berendam air laut ๐Ÿ˜…

      Delete
  2. Try pi Pantai Purnama lak nanti. Tak sesak sangat kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyAllah ade rezeki sampai PD lg boleh singgah..tq

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015