Thursday, March 3, 2022

FMHK: Peach Strudel


First time merasa makan peach strudel masa dating berdua dengan abi di Kenny Hills Bakers. Terus tertambat rasa hati ni.. hihi..

Pastu gigih juga mencari resipi. Tapi kegigihan pada mencari je lah, nak buat sendirinya bercinta.. Tahap bercinta tu sampaikan whiping cream yang ummi beli dengan niat nak buat peach strudel ni pun dah tamat tempoh. Mujur cream cheese dan canned peach masih elok lagi. Teruk betul perangai.

Weekend baru ni, ummi gigih dan gagahkan diri juga untuk cuba buat hasrat yang dah lama tertangguh ni. Pastry puff pun lama dah membeku dalam freezer tu..

Hasilnya..
Abaikan lah krim yang comot tak semenggah tu.. Sebab ummi bukan baker, takde piping bag, apetah lagi nozzle nya. Pakai plastik biasa jelah.


Sedap dimakan sejuk-sejuk.. Nikmat.


Anak-anak layan makan krim sahaja. Lebihan  krim dalam bekas, habis direbutkan dan dijilat hingga licin. Bertuah.

Ummi refer resepi di sini: Seminit Resepi


Resipi Peach Strudel:

Bahan-bahan untuk pastry:
4 keping kulit pastry puff
1 biji kuning telur

Panaskan air fryer suhu 180 selama 12 minit
Potong  pastry puff kepada 2 bahagian
Sapukan kuning telur
Lapikkan tray dengan baking paper
Bakar dalam air fryer suhu 180 selama 10 minit
Dah siap sejukkan dahulu

Bahan-bahan untuk cream cheese:
100gm cream cheese
2 sudu besar gula ising
100ml whipping cream
Buah peach dalam tin

Putar cream cheese hingga lembut.
Masukkan gula ising.
Masukkan whipping cream
Putar hingga sebati
Sejukkan dalam chiller sementara menunggu pastry sejuk.

Masukkan ke dalam piping bag.
Pipekan atas pastry puff tadi.
Susun buah peach yang dah dipotong.
Taburkan gula ising jika suka

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015