Tuesday, March 1, 2022

Steamfun & ShugarBites

 
Steamfun, Spectrum Ampang

Ummi dah lama teringin nak rasa rice roll. Tapi sebab mostly kedai cina je yang jual kan. Pernah sekali macam nak cuba di sebuah kedai viral di Ipoh tu, tapi setelah ditimbangtara, ummi tak berani walaupun ramai Muslim yang makan disitu. Sebab tengok yang masak non-muslim.

Baru ni, kawan ummi ada share post halalfoodiemy di FB, tentang kedai Steamfun yang jual halal rice roll. Ada video in the making of rice roll.. Dan kawan ummi tu pernah makan disitu dan dipuji-puni kesedapannya. Sementelah dekat je dengan rumah kan, ummi search la dalam GrabFood. Ada pun ia. Maka ter-order lah juga. hihi..

Gambar sumber dr Fb Steamfun. Memggiurkan.


Ummi pesan General Tso's chicken with jasmine rice dan 2 set rice rolls. Rice roll tu ada pelbagai set. Lupa pula order yang mana satu. haha..

General Tso's chicken with jasmine rice. Rasa dia macam masam2 manis pedas sikit. ok lah, not bad juga. 


Rice roll. Ada 2 jenis dalam pinggan ni. 


1 set banyak macam ni. Kira banyak juga dan kenyang kalau untuk seorang makan. Set dia didatangkan dengan soy sauce dan sambal udang kering kalau tak silap. Kena makan dengan sambal dia baru terasa kick. 


Shugarbites, Busana Mara

Bulan Januari kalau tak silap ni, ummi perasan ada kedai makan baru buka di Busana Mara, sama level dengan Mr. DIY. Pernah ajak kawan office ummi dine-in di situ sekali. Makan nasi ayam dan mee kari. 

One day tu, ummi tak tahu nak makan apa for lunch. Nak makan yang ringan-ringan je sebab pagi dah bantai nasi kerabu sebungkus penuh 🤭.

Disebabkan ummi suka juga makan dimsum, trylah beli 1 set dimsum kukus. Jenis dimsum random je, tak boleh pilih. Ummi ok je.


1 set 8 ketul, pun dah kenyang. Dimsum ni, kalau dapat sos sedap, memang sedap lah. Alhamdulillah yang ni ok sos dia. The dimsum itself pun, menepati rasa. 




4 comments:

  1. Dimsum tu nampak sedaplah Ily.. terliur akak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak. sy ni hantu dim sum.. hihi.. memang pantang nampak

      Delete
  2. Mrs. A pun belum pernah makan rice roll ni nampak sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga Mrs.A.. kena makan dengan sambal dia tu.. ke sebab sy penggemar pedas? haha..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015