Hari ni bermulalah secara rasminya sesi persekolahan bagi tahun 2022. Masing-masing pakat dok update FB ye hantar anak sekolah di hari pertama bagi sesi 2022 walaupun sekarang ni dah hampir penghujung bulan Mac..Nak buat macam mana kan. Asbab Covid19, banyak benda berubah dan perlu diubah selaras dengan kehendak dan situasi semasa. Apa pun, perbezaan pada masa, namun proses pembelajaran sebenarnya sentiasa berjalan dan takkan pernah berhenti. Cuma silibus dan tempoh sahaja yang berbeza. Kita ambil saja dari sudut pandang yang positif, hikmah dan ibrah di sebalik setiap yang terjadi.
Tahun ni Ft 7 tahun, jadi dah masuk league abang-abang. Kalau ikutkan sekolah abang, MTI, kemasukan ke sesi tahun 2022 adalah pada bulan Januari, tak seperti sekolah-sekolah yang mengikut silibus KPM. Tapi, abi decide untuk Ft habiskan je dulu tadika sampai bulan Mac. Antara sebabnya adalah untuk kami put on extra effort supaya dia dapat lancarkan Iqra' dan bacaan dia. Waktu dia hadir sesi temuduga pada awal tahun, dia masih belum habis Iqra' 1. By the time nak transisi dari Pasti ke MTI, alhamdulillah dia dah habis Iqra' 2 dan dah pertengahan Iqra' 3. Ummi sempat pesan pada ustazah masa sesi temuduga hari tu, ummi mohon jangan letak benchmark yang tinggi pada Ft. Sebab ustazah letak abg Fq sebagai kayu pengukur, which ummi rasa agak tak terkejar dek Ft for the moment. Just treat them accordingly, ikut capability masing-masing. Each and every one of them kan ada pace and time frame masing-masing.
Ft's first day at MTI. Baru 2 hari masuk sekolah, abang Fh positif Covid19, followed by Fq dan Ft on 2nd or 3rd day.. Hari ni kira macam first day at school juga lah ye Ft. Previous week tu kita anggap orientasi je. hahahaha..
Abang-abang bersemangat betul nak bawa adik dan kenalkan adik pada kawan-kawan abang. Fq tolong kemaskan beg Ft, pastikan alattulis dan semua checklist SOP Covid semua ada. Fh tolong iron baju Ft, siap bawa turun dan sangkut elok-elok pada kerusi. Then they both prepare bekal untuk adik. Sweet betul ummi tengok.. hihi.. Yelah kan, boys kan selalu berperang. Bila sesekali mereka tolong-menolong dan taking care of each other, tersentuh lah hati ummi ni..
Fy, on the other hand... Sebelum ni ada geng gaduh. This time around, lone ranger lah dia. Tapi dia dengan steady je jawab, takpelah... Fy ada kawan baghu.. haha.. Good, ummi loves that positive vibes. Lagipun, dia kan dah biasa denagn cikgu-cikgu. Cuma classmates tahun ni lagi ramai dari tahun sudah.
Belajar rajin-rajin ye anak-anak ummi yang soleh lagi musleh. Ummi sentiasa doakan kebaikan dan kesejahteraan buat kalian. Moga Allah mudahkan urusan kalian dalam menuntut ilmu, diberi kelapangan hati dan ketenangan jiwa, diberi kelancaran dalam membaca dan menghafaz Al-Quran. Semoga kalian menjadi insan yang berilmu dan bermanfaat buat ummah, moga Allah sentiasa tuntun hati kalian agar tetap dijalan-Nya. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat & redha Allah, cemerlang di dunia dan akhirat. Allahumma ameen, amin ya mujib.
Doa Perlindungan Untuk Anak-Anak.
أَعُوذُ بكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِن كُلِّ شيطَانٍ وهَامَّةٍ، ومِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari setiap gangguan syaitan, binatang berbisa dan setiap pandangan mata yang jahat.”
No comments:
Post a Comment