Thursday, March 31, 2022

BacaBuku: Kapal Terakhir di Dunia

 

Buku Trilogi Kapal Terakhir di Dunia (KTDD) karya Teme Abdullah.
Lama dah belikan untuk adik ummi, ucu. Tapi ummi tak pernah baca. Sokmo nak mencari masa kalau nak membaca buku.. huhu.. Alasan je kan.

Hari tu ummi kena outstation ke Johor. 3 hari 2 malam. Mesyuarat/Bengkel yang ummi attend tu pada hari Ahad. Chill je lah kan bekerja di hari cuti (mengikut kalendar KL). Bak kata tuan pengerusi, projek di Johor kan, harus lah ikut kalendar Johor. Ummi pasrah je lah. Ummi lone ranger je pergi mesyuarat/bengkel tu. Maka, untuk mengisi masa terluang seorang diri dalam perjalanan dan di malam hari di hotel nanti, ummi bawa lah bekal buku cerita. Tapi bukan buku KTDD ni. Another book by Teme Abdullah also. 

Bila dah start baca karya Teme Abdullah ni, terjatuh hati lah pulak dengan gaya penulisan beliau. Maka, ummi minta pinjam pula buku KTDD ni. Ada 3 episod semuanya. Ummi baca sewaktu dalam LRT, dalam perjalanan pergi dan pulang kerja. Juga sementara menanti abi pick-up ummi di LRT. hihi.. Masa ni je boleh baca tanpa gangguan dan boleh menghayati penceritaan.

To be honest, masa mula-mula baca KTDD, ummi rasa ia agak hambar. Sebab ummi dah set benchmark based on karya beliau yang ummi baca sebelum tu. Tapi, bila dah almost halfway, tak boleh berhenti baca.. Cerita dia banyak plot twist yang ummi tak jangka.. Tapi, ummi banyak relate kan dengan realiti kehidupan. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari buku KTDD ni.



Bukan ummi seorang sahaja ye yang layan baca buku KTDD ni.. Fh dan Fq pun join baca sama..Tapi Fq didn't make it till the end, dia minta ummi dan Fh cerita pada dia. Bercerita pada seketul Fq mencabar betul sebab banyak sangat mencelah dengan soalan, dan ada soalan-soalan yang menjurus pada ending terus. Dan banyak juga dia buat ummi berfikir sebab soalannya tu tiada jawapan dalam buku secara tersurat, tapi kita boleh olah apa yang tersirat.

Watak dan perwatakan dalam cerita ni juga unik. Nama yang diberi juga unik, sampai ummi tertanya kenapa pelnulis beri nama sedemikian rupa. Dari watak utama, Aria dan adiknya Ana, Vuk si ketua pemburu yang penting diri, Maru watak antagonis yang suka menimbulkan fitnah dan menghuru-harakan, Koba, Niha, Uri, Jaro dan Ora.. Pelikkan nama mereka.. Manusia aras atas pula nama agak kebaratan, Vanessa dan Maverick.. Sungguh banyak kejutan sepanjang membaca buku ni.

I wish ada sambungan episod. Malangnya, tiada. Penulis sengaja meninggalkan penghujungnya sedemikian untuk setiap pembaca memberi gambaran dan berimaginasi tentang kesudahan cerita mengikut kehendak dan selera pembaca. Gitu.  

Kami anak-beranak had discussions about this book and the characters and also the messages during our meal
 time. Dok bincang juga apa yang kami jangka berlaku selepas episod 3. Berjayakan pakatan matahari menumpaskan manusia suci? Adakah ana akan bertemu kembali Aria, dan akan terhapuskah kebencian Ana terhadap Aria? Apa akan jadi kepada Bokor dan para manusia di aras lantai..Apakah mereka akan terus menghuni Bokor atau kembali hidup di daratan? huhuhu.. Berat betul topik perbincangan anak-beranak ya..


Opss.. Ada seorang lagi yang terjebak. Abi 😆😆😆
Mengisi masa terluang dikala satu keluarga dilanda Covid19. Bukan main laju lagi abi baca. Tiba-tiba je dah masuk episod 3. Kagum kejap ummi. Sanggup bersengkang mata nak baca buku..


Di bawah ni ummi tempek sinopsis buku KTDD yang ummi pinjam dari laman penulis sendiri. Nak tengok lakaran gambaran kapal Bokor dan bayangan watak utama, Aria, sila terjah blog Teme ya. 

Sinopsis KTDD

Bokor, nama kapal besi yang dicipta oleh manusia sebagai persediaan menghadapi bencana hujan tahi bintang yang bakal menghentam bumi. Bencana yang memusnahkan hampir keseluruhan bumi dan isinya. Tsunami yang terhasil telah menenggelamkan bandar-bandar utama. Debu-debu ledakan tahi bintang memenuhi atmosfera sehingga menutup cahaya dan haba matahari daripada tembus. Suhu bumi turun mendadak. Virus-virus baru muncul dan bermutasi. Menjadikan bumi bukan lagi sebuah planet yang ideal sebagai habitat. Hanya hidupan yang kuat pertahanannya sahaja yang masih tidak pupus.

Manusia yang bertarung dengan kepupusan masih berlindung di dalam Bokor ciptaan mereka 571 tahun dahulu. Terapung di tengah-tengah lautan dalam. Terasing daripada ancaman jangkitan dari dunia luar lebih-lebih lagi virus yang akan menukarkan mereka menjadi mugor: spesis manusia yang sudah bermutasi sehingga hilang sifat kemanusiaannya. Menjadi ganas, kebinatangan, dan memburu manusia lain. Mugor hidup bebas di muka bumi.


Walaupun berlindung di Bokor dan terpisah daripada bahaya luar, majoriti manusia di Bokor telah dijangkiti penyakit yang masih belum boleh dipulihkan secara keseluruhannya. Masih tidak kecukupan penawar walaupun sudah ratusan tahun berlalu sejak malapetaka. Manusia-manusia yang dijangkiti dikuarantin ke dalam tiga sektor berbeza di dalam Bokor mengikut jenis penyakit masing-masing. Sektor Biru, Sektor Kuning, dan Sektor Hijau.


Ini kisah Aria. Remaja belasan tahun dari Sektor Biru yang berusaha untuk menyembuhkan penyakit adiknya yang lebih dahsyat berbanding dengan manusia yang lain di sektornya.





1 comment:

  1. Haha faham... Membaca dalam tren memang tak ada gangguan. Kadang bukan membaca sahaja, taip entri dan edit video pun dalam tren. 🤭

    Bagusnya bila ramai dalam rumah suka membaca, dapat berkongsi pendapat dan sama2 berdebat mengenai kandungan buku tersebut.

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015