Friday, April 15, 2022

Perempuan, belajar tinggi-tinggi.....

 

"Perempuan, belajar tinggi-tinggi, akhirnya ke dapur juga"

"Tak guna jadi perempuan cerdik kalau buat sandwich pun tak tahu"

Statement taboo ye ni. 
Kebiasaan yang membarah. 
Kalau perempuan mesti kena sinonim dengan masuk ke dapur dan masak.
hurmm..

Di suatu sudut, ummi masa bujang dulu, tak rajin sangat jengah ke dapur 🤭. 
Tak berapa pandai nak masak. 
Setakat masak nasi, goreng telur, masak megi ok lah.
Itupun kadang-kadang masak nasi, lupa tekan suis. 
Di bulan puasa pula tu. 
Menggelabah lah masak atas dapur, lupa pula nak jenguk-jenguk dan jaga api. 
Hasilnya, rentungggg.. 
Sebab dulu, masak memasak ni kepakaran kakak ummi, kangah.
Ummi sekadar tolong prep bahan-bahan je. 
Tapi kerja prep lagi susah kot daripada masak. 
Bayangkanlah kalau masak 2 kuali rendang sekaligus, yang nak hiris, mayang, kisar segala jenis mak neka bahan dan rempah tu, ini lah orangnya. 
Tambah dengan kisar dan perah santan, buat kerisik dari sangai kelapa parut tu hingga keperangan, hingga ke tumbuk pakai lesung hingga pecah minyak. 
Panas dan lencun oii.. 
Chef jenguk dapur tanya, bahan-bahan dah siap ke , pastu campak lebur semua dalam kuali, jengah sesekali kacau kuali.. 
huhuhu.. 

Tapi kelebihannya, i know the ingredients.. Itu yang terpaling masterpiece kan 😉

On the other hand, arwah maktok ummi (nenek sebelah mak), beliau sangat bercita-cita tinggi. 
Di saat cucundas beliau yang perempuan-perempuan ni sedang meniti alam keremajaan, mula nak minat-minat orang, beliau pesan...
Jangan gatal nak kahwin selagi tak habis doctrate
Takde title Dr, takde greenlight untuk berumahtangga. 
Doctrate uih.. Phd.. Termenung kami..
Kata beliau, nanti dah kahwin, belum tentu lagi hangpa ni nak further study. 
Nanti laki hangpa pulak tak kasi sambung blajaq, tak merasa lah maktok nak tengok cucu jadi doktor (in profession) atau Dr. Phd. huhu.. 
Walau bagaimanapun, sementara kami nak habis degree, beliau mula berlembut..
Takut tak sempat tengok kami bersanding, nak timang cicit 😥😢...
Sambil berharap kami ni janganlah berhenti belajar takat tu jaa..

Ummi ni, belajar, alhamdulillah dengan izin Allah, ok lah, walau tak tercapai juga hasrat arwah Maktok ummi nak tengok cucunya ada title Dr. 
Arwah Maktok meninggal in between my final semester degree 😭. 
Habis degree, ummi intai-intai juga nak sambung Master. 
Niat di hati nak merantau ke negara orang (masa nak sambung degree pun dah rancang, survey universiti di UK.. 
Siap pergi ke Mabecs tu haa nak dapatkan flyers dan tanya-tanya best universities for civil engineering.. 
Namun hasrat ummi ditentang hebat oleh Mama dan Maktok jua masa tu..
Sambung local university cukuplah, takyah jauh-jauh, susah mama nak jenguk nanti.
Tambah bujang, dan tengah kecoh isu bombing  di UK masa tu..lagi susah hati mama..Hampa tapi redha. ) 
Masa nak sambung Master pun sama, booklet universities dari UK sampai kat rumah, kecoh satu rumah. 
Ayah pun bertalu tanya, nak sambung oversea ke? Jauhla, pakai duit banyak.. 
Kata mama, kalau nak pergi oversea, tunggu lepas kahwin. 
Kalau nak pergi dengan status bujang, memang a big No.. 
Then dapat news kawan ummi dapat offer buat Master di Manchester.. sedih wehhh.. 
Tapi, redha ibu lagi penting kan. 
Maka, di Malaysia jua lah ummi buat Master. 
To be specific, UiTM di hatiku.. 
Masa ni dah ada gewe. 
Alhamdulillah, beliau sangat supportive, siap tolong survey-kan cost & course.

Seketol ummi yang tak pandai dan tak rajin masak ni, dengan ambil Masters part time, lagilah tak rajin masuk dapur kan. 
Adik bongsu (Ucu) pula ambil jurusan kulinari di politeknik, lagilah urusan masak memasak banyak ke adik je 🤭😂 
Plan dengan gewe, tunggu habis Master lah baru fikir kahwin. Sempatlah kot nak belajar masak.
Tapi, nak dijadikan cerita, bakal mak mertua pada masa itu suruh kahwin terus. 
Maka, dalam semester 3 Master kot, sah lah ummi bergelar seorang isteri..

Selamba dengan tak reti masaknya, redah je ye memasuki alam rumahtangga.
Bukan takat tak reti masak, siang menyiang ikan pun lagilah kelaut.. 
Sebab di rumah kami, bab potong siang ikan dan segala haiwan yang boleh dimakan ni ayah yang buat. 
Beliau pergi pasar, borong segala jenis hidupan tu, beliau balik, beliau potong-potong, siang dan cuci, simpan dalam peti. 
Maka anaknya memanglah tak tahu.. 
Pasca perkahwinan, Mama setiap hari telefon tanya makan apa? beli ke masak? 
Siap buat statement, risau apalah menantu dia nak makan nanti, dapat isteri tak pandai masak.. hahaha.. 
Tapi, di awal-awal perkahwinan tu kan ummi masih lagi seorang pekerja sepenuh masa dan juga pelajar Master separuh masa.
Kelas pula weekdays selepas waktu kerja. 
Maka kelas habis lewat malam nun di Shah Alam nu.. 
Jadi, kuranglah task masak memasak ummi. 
Memang banyak makan di kedai atau tapau saja. 
Kalaupun ada hari yang tiada kelas, kadang tu beli juga..hahahaha.. 
Ataupun, ummi masaklah juga menu bujang. huhu.. 
Tanya tok laki pulak, beliau juga sejenis simple. 
Ayam goreng, telur goreng je pun takpe. 
So, hadaplah ayam goreng, ikan goreng, telur goreng, sambal sardin..
Syukurlah dapat suami yang tak banyak songeh tentang makan ni, masak apa pun ok je, tak pernah komplen, marah apatah lagi.. 
Sedap tak sedap pun, dia jawab ok je dan telan je. Pasrah betul dapat isteri begini kan. 

Cumanya, setelah beberapa tahun bergelar isteri, dah tamat pun program Master, dan ada 2 orang anak pun masa ummi graduate Masters..haha.. 
Masa ni, ambil inisiatif sendiri belajar masak. 
Since dulu ummi jadi tukang prep bahan kan, jadi part bahan tu agak tip top 😂
Cuma turutan masak apa nak kena masuk dulu, apa masuk kemudian, nak tumis etc tu je lah ummi roger mama, di samping cuba-cuba resepi dari alam maya.
Masa tu dah ada blog kan, banyak la follow blogger yang rajin share resipi masak-memasak ni. 
Selalu cari keyword menu yang simple, mudah, tak banyak bahan.. Gituu.. 
Awal-awal dulu, page wajib follow my resipi kalau tak silap. 
Lepas tu banyaklah list blogger content masak-memasak yang sohor, antaranya tiffin biru, azie kitchen dan banyak lagi..
Sekarang ni, dah makin banyak dan makin senang sebab siap ada vlog, youtube channel, FB, IG dan tiktok.. 
Yang paling meletup sekarang, dah tentulah abam hai whats up gais kita, KhairulAming.  
Slowly lah ummi improve diri dan skill. 
Nak kata pandai masak sangat tu, memang tak lah kan. 
Asalkan seluruh isi keluarga makan habis, tak sakit perut, sihat walafiat, alhamdulillah. 
Tapikan dah abi pun jenis tak cerewet, anakpun mostly ok je. 
Ummi tuang air masak saja pun pakat kata sedap belaka..kihkih..
Adalah seorang dua picky eater, tapi konsep ummi, makan je apa ummi masak.
Kuasa veto eh. 
Bila sesekali ummi masak dan bawa untuk santapan mama, mama ulang ayat dulu, mama ingat habislah laki awak kebulur tak makan.. 
Sadis kan...haha.. 
Mama cakap juga dekat ucu, kaklang awak ni bukan tak boleh masak.. 
Memanglah kan, antara rajin dan malas, berani mencuba atau tak je kan. 

Sebenarnya, kalau nak masak, tak semestinya kena perempuan/isteri je.. 
Dia bukan soal lelaki atau perempuan, educated atau tak..
Lelaki/suami pun kalau ada insiatif seperti isteri kan bagus juga. 
Bukan semua pun dilahirkan terus pandai buat sesuatu perkara kan. 
Kalau belajar dan cuba, insyaAllah boleh je. 
Lagipun, Chef-chef ternama sekarang pun ramai lelaki, influencer content masak-masak pun ramai je lelaki..
Maka, kenapa perlu diharapkan juga pada perempuan/isteri sedangkan lelaki/suami pun boleh je masak. 
Bukan rocket science pun masak-masak ni kan. 
Antara influencer berstatus suami, bapa yang rajin share content masak-memasak yang ummi selalu tengok, Super Daddy Khairul Abdullah, Dr. Syahr Musafir, Khairul Hakimin...
Kalau tengok founder produk Avenys tu ha -aleya & big boss- lagi syok, laki bini dok masak sama-sama, berlawan-lawan memasak.. 
Even arwah pakcik ummi yang pernah pegang jawatan tinggi dalam syarikat di UAE pun, dialah yang dok masak di rumah ye. 
Siap buat katering menu nasi arab lagi.

Jadi, kalau perempuan belajar tinggi tapi tak pandai masak, janganlah kondem dia kan. 
Keutamaan dia pada masa itu, belajar. Biarlah dia fokus pada keutamaan dia. 
Di kemudian hari, keutamaan boleh berubah, bertukar. 
Dan kalaupun dia tak pandai masak, lelaki pulaklah masak.. Takpun masak bersama-sama.
Sama-samalah bertatih kenal segala rempah ratus, cuba jaya resipi-resipi yang konon viral ke..
Lebih mesra gitu..
Nak berumahtangga, jangan hanya tahu meminta, tapi tak pernah lihat apa yang boleh diberi/disumbang. 

Nak isteri cantik, belajar tinggi, pandai serba serbi (pakej lengkap betul ni), kita pun cuba lah tengok dan upgrade diri kita, biar sekufu kekdahnya. 
Kalau kita pun so-so je, on average je.. Jadi terima seadanya lah pasangan kita tu.. 
Jangan demand lebih-lebih..

Akhir kata, hanya jauhari yang mengenal manikam, gituh..


2 comments:

  1. Ayat penutup tu akk suka... Kena sekufu :)
    Akk dulu pun tak pernah masuk dapur time bujang, anak bongsu hihi...
    Tapi atas kesedaran & inisiatif sendiri, bila kawin mula berjinak-jinak di dapur, sementelah family in-laws suka makan-makan...
    Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. Samalah masa single-mingle Mrs. A pun tak pandai sangat masak.
    Bila dah Kahwin pandai-pandailah adjust hehehee...
    Alhamdulillah dapat husband yang memahami

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015