Rata-rata, dah 2 tahun (2020-2021) kan tak berkejaran nak sedia juadah berbuka puasa asbab Covid19, PKP, BDR segala mak neka ni.. Bila ummi recall balik, rupanya dari 2019 lagi ummi bertenang-tenang di bulan puasa, tak serabut fikir balik kerja sempat ke tak nak masak juadah berbuka. Sebab 2019 tu bersalin Fatima, then ummi ambil cuti lajak terus sampai raya. Lepas raya baru masuk office balik.
Lama betul Allah beri nikmat kesenangan dan kelapangan, boleh cuba masak pelbagai menu dan resipi baru. Meja pun meriah dengan macam-macam hidangan air tangan sendiri. Dari main course, ke pencuci mulut dan air juga. Macam-macam ummi cuba.
Makanya tahun ni, ber-huhu lah ummi cuba mencari rentak. Dek kerana risau tak sempat nak bersilat, ummi ambil inisiatif sediakan beberapa menu sejuk beku. Tak banyak mana pun. Sekadar back up kalau tak sempat masak dan tak sempat juga nak ke bazaar.
Menu sejuk beku yang sempat ummi sediakan: Ayam mak kasim (2 bekas aiskrim), perut masak lemak cili api (3 bekas putih petak), kuah asam pedas (2 bekas putih), sambal berlada (1 bekas putih).. Lepas tu ummi order pula ikan patin tempoyak 2 ekor dari kawan ummi, Nas. Request minta pack asing dalam 4 bekas. 1 bekas dah rasmi sebelum puasa, 1 bekas bagi ke maktok. Maka tinggal 2 bekas sebagai stok sejuk beku ummi. Akhir sekali, Jumaat terakhir sebelum Ramadan ada majlis bacaan Yasiin dan doa selamat sambut Ramadan, officemate ummi, RM masak rendang ayam. Kami hidang separuh dulu, baki tu dia pack bagi ummi bawa balik. Balik tu ummi terus simpan dalam deep freezer, tambah 1 bekas lagi stok lauk sejuk beku.. hihi..
Day 1 - ok lagi, sebab hari cuti kan. Maka tak kalut ribut mana lah. Cuma abi sibuk, maka ber-huha jugalah dengan anak-anak. Sempatlah ummi masak paprik sotong, telur dadar dan sagu gula melaka sebagai pemanis mulut. Meriah warna sagu ummi..huhu.. Abi pula beli murtabak dan ayam percik.
Day 2 - Hari yang dirisaukan. Sebab ummi tak dapat nak masuk kerja lebih awal, seperti yang ummi jangka. Maka, balik pun taklah awal mana. Pagi tu ummi dah letak siap-siap 2 bekas lauk perut masak lemak cili api frozen di chiller. InsyaAllah balik sempatlah nak panaskan dan masak nasi sahaja. Namun, di sebalik kerisauan ummi tu, rupanya Allah mudahkan urusan ummi sekeluarga. MasyaAllah, Alhamdulillah.. Abang-abang bawa balik bekal makanan yang diinfakkan oleh/kepada pihak sekolah. 3 orang bawak balik 1 bekas nasi berlauk ayam kicap setiap satu, dah penuh meja. Pasti pula kirim laksa utara dan jiran beri nasi goreng seafood. Allahuakbar. Tak jadi ummi masak nasi, sekadar panaskan 1 bekas lauk perut MLCA.
Day 3 - Fh, Fq dan Ft bawa pulang cinnamon rolls dan bubur lambuk. Fy bawa balik 2 bungkus nasi ayam penyet. Ummi goreng sotong ring instant dan panaskan sambal sardin lauk sahur.
Day 4 - Fh, Fq dan Ft bawa pulang kuih-muih. Fy direzekikan dengan Mee Kolok 3 bungkus. Abi beli sedikit daging goreng dan ayam percik. Ummi? kopek buah pauh dan masak nasi..hihi..
Day 5 - Sekolah abang bertiga bekalkan bihun goreng dan puding karamel, Pasti bagi nasi ikan keli penyet, Abi beli roti john, ummi goreng karipap pusar frozen yang marvellous dan potong buah pear.
Day 6 - Pengarah dan immediate bos ummi bagi bubur lambuk, Fy bawa balik nasi ayam goreng berempah, ummi panaskan rendang ayam frozen hasil air tangan collegue ummi, RM. Dan, buah rock melon. Hari ni abang-abang dapat stok buah-buahan. Meriah betul, ada pear, epal dan juga kiwi. MasyaAllah, alhamdulillah.
Day 7 - Ummi ajak abi buka puasa di rumah Maktok. Sempena hari kelahiran ucu, adik bongsu ummi. Ummi masak kuetiau goreng udang dan juga kerang cicah sos cili thai ala KhairulAming. Maktok dan ucu masak mee kari. Abi beli murtabak. Paklong pula beli roti john dan rojak. Subahanllah, meriah makan beramai-ramai. Maktok kesedapan makan kuetiau, alhamdulillah. Ummi pakai pes char kuetiau M'Dee je. Alhamdulillah sedap secukup rasa, tak perlu tambah cili, garam, gula lagi dah. Ummi buat juga air liamu asam boi KA yang menggiurkan tekak tu. Jenuh cari asam boi, mujur Maktok memang ada stok asam boi yang putih tu. Bahagia.
Stok lauk sejuk beku ummi guna untuk kecemasan dan sahur sajalah. Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan.
Rajin ambik gambar. Kita, dah habis makan baru teringat, ala, gambar tak ambil lagi
ReplyDeletehihi... anak sulung rajin tolong ambik gambar..
DeleteAlhamdulillah, mencurah-curah rezeki berbuka ye...
ReplyDeletePasti mana tu Ily? Pasti anak akk ni memang tak disediakan langsung makanan sepanjang sesi sekolah.
Alhamdulillah, rezeki Ramadan. Pasti Pandan Indah kak. Pasti ni ada transit sampai petang. Utk anak-anak yg transit sampai ptg, disediakan mknn. Yang bawak balik ni, sumbangan dr parents/org sekeliling.
DeleteAlhamdulillah meriah menu-menu seminggu.
ReplyDeleteMrs.A bila kat rumah sendiri bertiga je tak ingat pun nak snap menu huhuuu