Friday, May 13, 2022

2 Syawal - Kajang Clan Datang Ampang


Zaman ummi kecil hinggalah sebelum kahwin dan arwah maktok paktok ummi masih ada dulu, setiap tahun raya kami memang di Kajang sahaja, kampung belah mama. Ummi tak pernah balik beraya di Kelantan (belah ayah). Adik-beradik mama pun mostly duduk Kajang. Cuma kami di Ampang dan arwah mak lang di Subang Jaya (sekarang pak lang dah pindah ke Bandar Saujana Putra @ Jenjarom).

Selepas paktok dan maktok ummi meninggal, rumah tu diduduki oleh ayah long ummi. Biasanya ummi memang akan ajak mama pergi beraya juga di Kajang, sekurang-kurangnya di rumah ayah long since he is the eldest. Tak kira lah raya ke berapa pun. Cuma lately, mama tak rajin nak berjalan dah. Pasca Covid19 ni lagilah. Dengan kaki lutut tak berapa kuat, jalan nak kena bertongkat, naik wheelchair..

Tahun ni, minggu akhir puasa tu, makteh ummi dah inform mama awal-awal yang makteh sekeluarga nak datang beraya di Ampang pada raya kedua. Makteh siap request mama masak mee tomato. Our big family's signature dishes. Menau dan resipi arwah maktok yang jadi kegemaran anak cucu till now. Dan bila geng Kajang yang lain tau mama nak masak mee tomato, semua pun pakat nak serbu juga.

2 Syawal tu ummi datang pagi kat rumah mama. Nak kata awal pagi tu tidaklah. Pukul 10 jugaklah baru datang sebab nak selesaikan makan pakai anak-anak dulu. Then ummi minta abi hantar ummi dulu, without kids. Kalau anak-anak ikut sama, tak jadi kerja ummi nanti. Sempatlah singgah kedai beli tembikai, bawang goreng, pinggan mangkuk plastik bagai.

Sampai-sampai, kuah dah terjerang atas dapur. Ucu dah siap-siap mengerjakan daging semua dinihari. Ummi dan kangah sambung la kerja potong memotong, rebus merebus, hidang makanan semua. Dah siap terhidang atas meja, baru boleh tukar uniform. hihi..

Lepas zohor baru abi dan anak-anak sampai. Rombongan Kajang Clan pun sampai dalam pukul 3 petang.. Full house ye. Alhamdulillah. Rindu lah berkumpul ramai-ramai dengan saudara mara macam ni. Inipun tak semua ada. Family busu dan paklang tak dapat datang.

Sebelum tetamu datang, selfie jap.. haha

Family makteh dah sampai. Complete semua anak menantu dan cucu-cucu makteh ada.


Family makteh dan family kami je dah penuh macam ni. 

Top left - Mama (makngah) dan makteh. Top right - Cikma, maklong, ayahlong, ayah dan mama.
Both family ayah long and cikma tak cukup korum.

Top photo: anak buah baru ummi, anak adik ummi, bangchik.. Nurul Aneesa Zareera..
Bottom right photo: Faheem & Iris. Iris, cucu sulung perempuan. Faheem cucu sulung lelaki. Beza setahun Faheem dengan kaklong Iris. Dah sama besar dah.

Tah kenapa la hari kejadian, mek ni asyik minta bergambar je. Rajin pula ucu dia melayan.

Me with my kesayangans. Takde pula gambar dengan along, bangchik dan ayah.

Lepas tetamu balik baru dapat bergambar dengan family kecil kami. Itupun along malas nak layan. heh. Ayah pun masuk sipi-sipi jaa..



Serius la rindu berkumpul ramai-ramai dengan our big family, Talib's crew (keluarga belah mama - ambil sempenan nama arwah paktok). Kalau berkumpul semua Talib's Crew ni, Allahu memang tak muat rumah Ampang. Adik beradik mama 6 orang. Geng sepupu dah 32 orang, belum campur spouse dan anak-anak lagi. InsyaAllah, one fine day kita cuba kumpul semua ya..

Talib's crew at Kamat Reunion.. Ni tahun 2012, ummi baru beranak seorang, ramai yang belum kahwin..
Imagine how we've expanded now.
Tapi ada juga yang telah meninggalkan kami.
Al-fatihah buat maktok, paktok, maklang, pakteh dan ayahchik.



 

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015