Sunday, May 15, 2022

Ceritera Seminggu Syawal (Day 3 Onwards)

3 Syawal..
Mula-mula beraya di rumah mak (pengasuh).. Semua anak-anak ummi ada personal touch dengan mak.. Ada yang since baby, ada yang dah besar sikit dalam setahun dua. Dah macam 2nd family.. 

Lepas tu, kami ke Bandar Saujana Putra (Jenjarom), ziarah paklang. Sepupu ummi, Wardah, Athirah dan Fitrah ada sekali. Wardah masak bihun goreng dan sambal goreng jawa. Allahu.. Terkenang zaman kemeriahan raya di Kajang, tertunggu-tunggu arwah maklang datang bawa sambal goreng jawa. Now anak-anak arwah maklang semuanya mewarisi kehebatan dan kepandaian maklang memasak. MasyaAllah.. 



Balik dari rumah paklang, singgah kedai makan di Bandar Sri Permaisuri. Ingat nak terjah Kedai Kopi Yeop KL. Tutup sampai 11 Mei kisahnya. Lain kali lah kita serbu.


4 Syawal
Makteh buat makan-makan di Sungai Kantan, Kajang. Menu nasi lemak dan satay. Kami sampai lambat, satay dah habis. Nasi lemak banyak stok lagi. Sambal tumis ikan bilis makteh marvellous betul. 2 pinggan ummi makan. Ni pun buat ummi terkenang nostalgia pagi raya zaman ada arwah maktok dulu. Air tangan maktok memang masyaAllah, sedap sungguh. Semua pun jadi kegemaran anak cucu. Yang paling jadi igauan, sambal tumis ikan bilis, daging masak mak kasim dan sambal ketuk. Allahu, kecur air liur terkenang air tangan arwah maktok aihh.. Sambal tumis ni, nak dapat yang sebiji maktok masak, susah.. Makteh punya almost to the perfection. Rinduuu 😭😭😭 Kalau ummi tak kenang babat dah berlipat, pasti ummi tambah lagi sepinggan. Memori bersama maktok tetap terpahat utuh dalam ingatan selagi Allah izinkan. Moga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para solihin dan dikurniakan buatnya jannah. 




Dari Kajang, kami terus ke Gombak. Lepas maghrib, bawa Ma bertamu ke Ampang, jumpa besan..Mama jamu bihun goreng. Later,  Ma dan ayoh bermalam di rumah kami 2 malam. 

5 Syawal
Siangnya tak kemana pun. Hari jumaat, nanti kalut nak solat jumaat. Lagipun Ma puasa sunat. Cuma pagi tu abi bawa ayoh bersiar-siar di Taman Pudu Ulu. Ayah menghidap dementia. Banyak perkara yang sudah tidak dalam kawalan dan ingatan beliau. 

Lewat petang, abang ipar dan biras dari Rawang bertandang ke rumah. Mereka baru balik dari kampung Keratong, Pahang. Nak beraya dengan Ma dan Ayoh. Since ma dan ayoh di rumah kami, mai lah datang sini.. Biras datang bawa ayam masak kuzi yang superb sedap. Kami jamu nasi beryani ayam & kambing. Abi beli 🤭. Bahan basah dirumah tak berapa nak ada. Kedai Acheh pula pesta tutup seminggu belaka. Alasan kan 😅

Lepas berbuka, Ma ajak ke rumah saudara di Sungai Besi. 

Kuih tart nenas hasil air tangan tuan rumah. Sedap sungguh. Masuk mulut je terus cair hilang entah kemana.. Karipap mini inti serunding pun sedap. Produk kelantan.


6 Syawal.
Menghantar ma dan ayoh pulang ke Gombak.
Kami singgah tanah perkuburan islam Jalan Ampang dan juga rumah saudara ma di Keramat.





Masa di kubur, siap ada adegan kejar mengejar antara antara ummi, ayoh dan nusayba. Ummi mengejar ayoh yang dah kepuasan dan tak kema angin agaknya. Tak ketahuan tempat kat mana dia berada. Jadi dia berjalan di celahan kubur tanpa hala tuju. Sementara abi dan ma nak habiskan bacaan tahlil, ummi turuti ayoh. Rupanya nusayba juga menuruti ummi, memanjat celahan kubur. Allahuakbar. Nak dikejar ayoh, risaukan nusayba. Nak berpatah pada nusayba, risau ayoh hilang entah kemana atau tersadung mana-mana. maka ummi jeritkan saja abang Faheem untuk tengokkan adik. Allahu.. Banyakkanlah bersabar menyantuni golongan dementia ya. 


2 comments:

  1. Meriahnya!
    Untung ramai saudara mara di Lembah Klang.
    Moga ayoh baik-baik saja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Adik beradik mak semuanya di KL. Atok/Nenek saudara, sepupu2 mak pun ramai je di KL ni. Cuma antara gigih dan gagah nak pergi ziarah semua atau tak je. hihi..

      Amin ya mujib. Tq atas doa buat ayoh.

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015