Thursday, July 28, 2022

Makan Malam di Nasken Coffee Sg. Besi


Nasken Coffee ni kalau tak silap ummi based di Kelantan. Hari tu terbaca post FB kawan ummi, NC buka cawangan di Sungai Besi. Ummi ceritalah dekat abi.

Beberapa minggu selepas tu, abi ajak makan malam di NC. Ummi haruslah terus setuju je, mana boleh tolak rezeki kopi kan. hahahaha..

NC Sg. Besi ni kedai dia corner lot. Tingkat atas pun dia punya kalau tak silap. Tapi kami makan dekat bawah je hari tu.. Ummi sokong sangatlah produk tempatan macam ni, especially yang Muslim-owned. Hari kami pergi tu, ummi tengok memang penuh, which is a good sign lah kan.


We ordered:

Chicken chop. Blackpepper gravy nya sedap..


Crispy chicken chop. Ni pun sama lah. Gravy sedap, dan ayam memang rangup.


Spaghetti Seafood Aglio Olio. Agak off pada tekak ummi. Pelik sikit rasa dia.


Spaghetti in Tom Yum Paste. Rasanya ok, cuma ummi membayangkan gravy dia tu agak pekat. Tapi still ok.


Air apa ni eh? Lupa pula... Hurmm.. Butterscotch Latte kalau tak silap ni.. Ni ummi order untuk abi.. Not bad, tapi tentulah agak manis..


Untuk ummi hot salted caramel latte. Nak order mocha, tapi takde pula..huhu.. Yang ni pun ok je. Hujung-hujung tu baru terasa manis sebab caramel dia dok bawah..








2 comments:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015