Friday, August 19, 2022

Mirror Selfie

Kebanyakan perempuan, ada sejenis perangai pantang nampak cermin, betul tak?
 
Kalau zaman muda remaja, zaman sekolah dan kolej dulu, bila nampak cermin je, auto nak betulkan tudung, hembus-hembus bagi mancung. Kadang tu, tudung tu elok je, takde kelebet, takde senget benget. Tapi entah kenapa la, pantang jumpa cermin, nak betul-betulkan tudung.. hahahaha..

Siapa selalu macam tu? Baik mengaku.. Tak elok tipu.. Tipu dosa, mati seksa.. 🤣🤣🤣

Kat office ni, ada seketul cermin tinggi betul-betul depan pintu masuk. Cermin ni kepunyaan lady boss, tapi beliau taknak letak dalam bilik. Maka, di situ lah diletakkan cermin tu. Awal-awal dulu, selalu terkejut dengan pantulan diri sendiri setiap kali masuk pejabat dan thumb print. 

Lagi haru kala musim PKP dulu, bila kena hadir ke office seorang diri.. Dengan gelap malap tu, kita masuk, nampak bayang sendiri. Aduhh.. Laju-laju cari suis lampu. Apa hang ingat kalau terang, 'dia' tak muncul??? huhuhu..

Entah start bila jadi peel ummi, akan mirror selfie tiap kali lalu situ. Biasanya waktu nak balik kerja. Dah lah selalu waktu balik tu, tinggal seketul dua manusia je lagi. Berani ya ummi sempat ber-mirror-selfie lagi. Tak takut ada kelibat yang muncul ke 🤭😅 Alhamdulillah pandangan ummi masih terhijab walau ada desas desus cerita kurang enak. Cumaaaaa... pernahlah sekali, masa ummi datang kerja seorang diri masa PKP asbab nak selesaikan urusan kerja urgent.. Level ummi tu, memang unit kami sahaja. Wing sebelah pula dewan dan bilik dokumen/fail. Jadi memang sunyi. Sedang ummi buat kerja seorang diri, bergaduh dengan mesin fotostet yang asyik meragam, panas pula dek kerana pendingin hawa tidak berfungsi... Ummi terdengar sayup suara seperti menyanyi.. Laju-laju siapkan kerja oiii.. Lantas cabut balik tanpa menoleh ke belakang. 

Entah benar-benar ada yang teman, atau sekadar imaginasi, halusinasi ummi saja.. Ahh.. abaikan..

Antara mirror selfie yang sempat dirakam dek lensa kamera telefon ummi..






Sejenis selekeh, sempoi je ummi ni. Tak reti bergaya-gaya. Gitu je lah.. Pesen tudung pun, lebih kurang je. Tak pandai nak kepok-kepok, jurai-jurai.. Kalau cuba nak gayakan cara lain, sampai office mesti akan tukar balik ke gaya asal. Rasa tak selesa 😅😅

Haihhh.. Tengok gambar-gambar ni, semakin ke bawah, semakin kembang ummi ye 😔 Ada antara baju dalam photo collage belah-belah atas tu, ummi tak boleh pakai dah pun. Sempit di lengan, sangkut di perut.. Come on ummi... Diet program on!!!

Tapikannn..
There wouldn't be any mirror selfie with this mirror after this . 😭 
Sedih 😥

2 comments:

  1. selalu betulkan tudung je...jarang ambik gambar depan cermin... gemuk..penuh satu cermin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. biasanya dok betulkan tudung je. peel ape tah rajin pulak nak bergambar. makin mengembang pulak tu.

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015