Sunday, August 28, 2022

Seminggu di Pejabat Baru

 
Seminggu ummi bertugas di pejabat baru....
Setiap hari, balik kerja mata ummi terasa beraattttt sangat. Balik dah tak larat nak masak, mata terasa rabak... 

Letak je kepala, terus lena.. 
huhuhu..

Hari jumaat, balik tu rasa seram sejuk badan, kepala rasa berat, tekak pun rasa perit.. Terus berselubung. Rasa macam nak demam..

Aduhai..

Seminggu ni, otak bekerja keras betul agaknya. Nak faham benda baru, nak study design orang sebelum ummi nak diterjemahkan dalam lukisan. Ummi dah lama tinggal kalkulator saintifik ni.. Kira-kira duit, berapa nak minta klien salur, berapa nak bayar, berapa nak pulang balik, ummi taulah.. Lama dah tinggal design. Tapi dulu pun buat design, geoteknik dan jambatan. Then 10 tahun tinggal calculation dan drawing ni. Bila nak kena kira-mengira balik ni, jem sikit otak. Masuk pula, masa tengah mengejar daedline submission.. Aihhh, kita baru nak fahamkan nak kena press gear 5 terus. 

Ada seorang colleague baru ummi datang menjengah, tanya ummi ok ke tak? Mestilah ummi jawab belum ok.. Jujur.. hahaha.. Dia gelak je.. "Takpa tu . sebulan dua nanti kau ok lah tu..Timing kau masuk ni bukan main celup-celup kaki dalam air, kena menyelam terus.. hahaha.." Aduhhh...

Menambah kepada struggle ummi bila TA cuti paternity.. Dia tak salah pun, dah memang timing ummi masuk tu wife dia dah overdue dah pun. Maka sekarang, ummi pening siapa nak buat drawing ummi ni.. Hahah.. Nak harap ummi produce drawing sendiri, lama dah tinggal autocad nuh.. Nak zoom in zoom out, measure distance pun terkedek-kedek. Yaiiiihhh..

Adalah hikmah Allah nak bagi pada ummi tu.. Walau rasa nak nangis, kepala berpinar tengok lukisan..kihkih.. Bertabahlah ummi..

Hari lapor diri di pejabat baru


As I've said to my ownself, sekurang-kurangnya, kerenah kerja saja yang ummi kena hadap daripada memikirkan stress berulang alik + stress beban kerja.. The fact that ramai colleague yang berulang alik KL-Putrajaya/Puncak Alam/Dengkil, kena buat ummi lebih bersyukur sebab ummi tak perlu hadap jem setiap hari..Jadi, jangan mengeluh soal kerja. 

Semoga ummi cepat faham, cepat belajar, cepat tangkap semuanya agar dapat mempermudah urusan kerja, untuk manfaat rakyat sekalian.. Allahumma ameen. 

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015