Temasya Sukaneka Pasti Kawasan Pandan hari tu diadakan di Ampang Sports Planet. Berhampiran Ampang Point.
Semasa acara berlansung, Ummi saja nak pusing-pusing keliling tengok kot ada gerai makanan minuman dibuka di bahagian luar. Malangnya ada seketul dua je. Jual mainan dan air yang ada 2-3 jenis sahaja.
Maka, ummi memanjangkan langkah pusing sekitar SP tu.. Dulu kan ada Bora Ombak di situ, now takde dah. Tapi ganti macam kedai-kedai kecil dan macam open foodcourrt area. Tapi tak banyak kedai buka pun.
Ummi patah balik, ada seketul pintu sedikit tersorok. Tapi deko nampak simple dan menarik. Ummi minta Faqeeh intai, ada jual kek katanya.
Jomlah singgah dan try.
Few choices of cakes and pastries.
Ada kopi juga. Yummy.
Simple yet nice deco. Since nama kedai Hummingbird, hence the deco, banyak gambar burung. Cantiklah.
We ordered this..Iced mocha, iced choc, iced cappucino. A slice of nutella red velvet.
Drinks were ok. RV cake, sedap.. rich flavour..
2 scoops of ice cream.
Tengok menu, ada heavy meals macam mlaksa, pizza dan lasagna.. Boleh lah cuba next time..
No comments:
Post a Comment