Friday, August 26, 2022

Ummi Teruja Fathiy Bersukaneka


Minggu lepas Pasti Kawasan kami buat sukaneka. MasyaAllah, seronok dan teruja betul ummi sebab.... Fathiy turut serta bersukaneka..


Biasalah tu kan bila anak participate sukaneka. Faheem dan Faqeeh dulu pun join juga. Fathan saja yang tak berpeluang nak join sebab PKP.. Pity him..


Kenapa bila Fathiy join, ummi over excited pulak? Yang lain-lain tu tak happy ke?. Hahaha.. Happy je jugak. Seronok tengok anak-anak masuk acara. Tapi untuk Fathiy ni istimewa sikit. Sebab, all this while dia adalah seorang yang sangat susah nak participate dalam apa-apa aktiviti Pasti. Dari baca doa dan menyanyi di perhimpunan pagi, bersenam, atau apa saja aktiviti, dia akan duduk diam, tertunduk tersipu malu. Walhal kat rumah, ya Allah aktifnya la budak ni. Semua benda dia nak buat, nak explore. Semua doa dan lagu yang baca/nyanyi di sekolah, boleh je dia ulang nyanyi di rumah. Tapi di sekolah, berat mulut dan kepala 🤦🏻‍♀️


Masa pertandingan bola sepak sebelum ni, ummi abi dah pujuk dia untuk join. Di rumah dia nampak semangat, siap pakai baju yang sesuai dan kasut sukan. Tiba di gelanggang futsal, dia jadi tersipu-sipu pulak, dan taknak join kawan-kawan. Rela dia main sendirian atau mengusik adik. Abang Fathan pula yang terlebih excited join latihan. Hari pemilihan kami tak pergi sebab takut abang Fathan ni berharap terpilih sedangkan bukan game dia. Sedih pulak.



Untuk sukaneka ni pun, asalnya ummi nampak cikgu share di FB, latihan untuk sukaneka. Balik kerja, ummi tanya Fathiy join tak kawan-kawan? Fathiy jawab, dia malu. Dia taknak join sama. Ummi pun brainwash lah dia.. Bukan harsh pun, cuma cerita balik dekat dia keseronokan ikut serta dalam aktiviti sekolah. Ummi bagitahulah kenangan-kenangan ummi join sukan, persembahan masa sekolah dulu. Ada lagi perasmian yang ummi masih ingat sebaris dua lirik nya masa sekolah rendah agama ummi dirasmikan pembukaan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Ghaffar Baba... Semua tu memori yang boleh dikongsikan dengan anak cucu, dan moment manis untuk dikenang. Biarpun ada pertandingan yang kalah, tapi ia tetap meninggalkan memori indah. 


Bila dia kata dia malu, ummi explain la, malu itu memang dituntut Islam, tapi pada tempatnya. Malu berbuat jahat, malu jika melanggar perintah dan syariat Allah.. Tapi, untuk perkara yang beri manfaat dan kebaikan, tak perlu lah malu. Segan mungkin, tapi berpada. 


Few days after that, Fathiy bagitahu, dia pun join sama, acara susun menara. MasyaAllah gembira ummi dengar. In fact, masa hari sukaneka, rupanya dia masuk 3 acara. Dan paling buat ummi bahagia, bila at the end, bila dah selesai sukaneka, Fathiy kata... "Ummi, Fathiy seronok la main sukaneka dengan kawan-kawan. Fathiy tka menang tapi Fathiy seronok.." MasyaAllah tabarakallah alhamdulillah..



Itu yang ummi nak dengar sangat. 

2 comments:

  1. anak anak kecil macam ni buat apa pun nampak comel... bersukan...berlari..menari...semua comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tgk anak2 yg paki kostum comel2, jalan kedek2.. comel betul..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015