31 Ogos 2022...Alhamdulillah.. Dah 65 tahun Malaysia merdeka.
Seingat ummi, waktu kecil dulu, pernah sekali atau dua ummi dibawa ke Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kebangsaan dan menyaksikan perbarisan, perarakan kereta berhias, pancaragam dll depan mata secara live. Masa tu kami bermalam di rumah Nenek (read: arwah moyang) di Kampung Baru. Selebihnya, ummi hanya saksikan di kaca TV, zaman pakai TV gemuk, tukar channel pakai kaki sahaja 🤭🤭🤣
Fast forward, dah kahwin dan beranak pinak, belum pernah sekalipun kami berhajat nak ke Dataran Merdeka apatah lagi Putrajaya untuk sambut Merdeka. Entah macam mana, tahun ni tergerak hati abi nak bawa anak-anak. Kalau diikutkan ummi, memang tak gigih nak pergi. Dah terbayang orang ramai merenyut, macam manalah nak handle anak 6 orang tengah crowd. Tapi abi gagah, dan anak-anak excited nak tengok askar. Maka, kuredah jua berbekal tawakal.
Kami takdelah keluar awal sangat pun. Walaupun bangun subuh tu, bila tengok FB, ada kawan yang dah gerak sebaik selepas subuh melaporkan dah penuh sesak dah orang di Masjid Jamek.. Kerusi yang disediakan lun dah penuh.. Masa ni ummi berfikir-fikir lagi, nak pergi ke tak ni... hahaha.. Sebab dah nampak punya ramai la umat.. Tapi abi semangat kejut anak-anak, maka ummi turutkan dan support saja 🤭🤭🤭
Bergerak keluar dari rumah dalam pukul 9pagi.. Parkir dekat LRT pun dah full house. Kena park jauh sikit dan menapak la 8 beranak. Bertembung dengan 1 famili ni, dia tanya "nak pergi dataran ke? Tak payah lah kak.. Ramai... Saya dah pergi, patah balik.. " Tapi semangat kami tak luntur.. Terus melangkah.. Alhamdulillah dalam LRT dah tak sesak sangat. Masa LRT melewati Dataran Merdeka, Ya Allah..seramai-ramai umat.. Kami turun di Stesen Bandaraya.. Itulah route ummi kerja hari-hari. Hari cuti pun dok lalu situ juga 😅😅😆
Keluar di stesen Bandaraya, penuh orang. Yang tertinjau-tinjau dari kejauhan nun atas platform, yang panjat railing, segala benda yang boleh dipanjat la.. Nak meredah keluar dari stesen pun satu hal juga. Kalau bawa diri sendiri takpe.. Ni bawa anak, 6 orang, kecil-kecil belaka 🤣 Sejenis kegigihan ape ni?? Ummi kendong Nusayba dalam carrier, abi dukung Fatima.. Empat lagi, berbagi pegang la.. Abang Faheem follow rapat, ummi pesna kat abang supaya pegang adik yang lain especially Fathiy atau Fathan.. Kalau adik taknak dipegang, pegang je baju dia. Jangan ada yang terlepas atau hilang dari pandangan. Nak turun tangga pun mencabar gila nak menyelit-nyelit sebab memang full house sana sini.
Kami menyelit-nyelit la sampai ke depan Maybank DBKL. Anak-anak dah mula buat muka frust, sebab sesak dan tak nampak apa-apa. Dengar orang bersorak riuh, tapi tak tahu apa benda. Yang kami mak pak ni boleh lah nampak sikit-sikit. anak-anak tu? Kesian pulak. Ummi cuba lah dukung sekejap-sekejap bagi Fathan/Fathiy tinjau jentera askar sedang berarak. Fathiy dah mula campak tanjak, berdiri tegak taknak bergerak. Protes lah tu. Aduhh.. Abi dah terus bergerak ke depan di celahan orang ramai. Terpaksalah ummi tarik tangan Fathiy, sambil pujuk.
Dah penat menyelit dan mencelah, still somewhere depan DBKL, kurang crowded kat situ. Masing-masing dah mengeluh panas, penat, bosan.. Ummi dah tak tau nak pujuk macam mana. Tiba-tiba ada seorang sister ni cuit, dia suruh ummi bawa anak jalan ke depan lagi sikit, sambil menunjuk arah. Kat situ anak-anak boleh nampak katanya.
Ya Allah.. Alhamdulillah dapat juga spot yang ok, anak-anak boleh enjoy tengok parade seadanya.
Kami agak lewat juga lah kan. Tapi main point nya, anak-anak nak tengok askar. Jadi, hasrat tercapai. Kalau nak tengok full perbarisan, next time kena gerak awal lah ye anak-anak. Masing-masing kecil molek lagi ni, kalau ada yang nak membuang, jenuh nak cari tandas anak oi. So, ok lah timing kami tu.
Anak-anak kata mereka seronok, happy, gembira dan suka tengok parade dan menyanyi bersama abang dan kakak askar (goosebumps la bila bergema nyanyi ramai-ramai lagu patriotik ni. Patriotic vibes tu lain macam perginya).. Semoga rakyat Malaysia tetap teguh bersatu padu dan bersama-sama menjaga keamanan dan kemakmuran negara. Syukur alhamdulillah.
Mek ni pun happy. Siap lambai-lambai abang askar..
Kalau nak tengok full parade, next time kita cuba lah gerak awal. hahaha.. Tapi bila dikenang balik, entah mana datang kegigihan tu.. Nak jaga 6 orang anak range umur 2-11 tahun, di tengah crowd, Allahu. Orang dok tengok askar berarak, ummi hang jadi komander tak bertauliah bagi command luar baris 🤣🤣🤣 Syukur alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.
Dan, memori tercipta buat anak-anak.
Salam Kemerdekaan Negaraku..
Keluarga Malaysia Teguh Bersama
No comments:
Post a Comment