Wednesday, September 7, 2022

Tergoda Dengan Iklan Chicken Royale

Ya Allah.. Entah kenapa lah Chicken Royale ni dok lalu lalang dekat FB ummi.. Membuatkan ummi rasa teringin nak cuba..

Maka, hari Jumaat lepas, since abi balik lewat dan ummi kebuntuan takde idea nak masak apa untuk anak-anak, ditambah dengan rasa tak sedap badan macam nak demam.. ummi pun lajulah klik klik order.. 

Geram tengok cheese leleh nye.. Tapi, ummi kuatkan hati untuk tak order cheese.. kah! 

Amaran! Ambil gambar dulu sebelum makan. 😆

Order apalah tu.. Air yang biru kuning tu, nojito tropicana, yang putih merah nojito laici. Both sedap, tak rasa bergas sangat.


Ummi order set couple. Ada nasi arab, seketul crispy chicken chop, setengah ekor ayam peri-peri, nugget dan peri-peri fries.
Banyak portion dia. Untuk 2 orng makan pun berlebih-lebih lagi ni.. Ummi makan bertujuh 😅


On top of that, ummi tambah pula nasi arab dengan sup kambing. Sebab takut tak cukup kalau ambil set couple tu je. Rupanya memnag tak cukup ye. Kelaparan semacam anak-anak ummi malam tu. Sup kambing dia pekat, sedap. Kambing pun lembut. Berebut pula anak-anak ummi makan kambing 😅


Set-set ni datang sekali dengan ulam timun/lobak & sos yogurt, serta sambal peri. Ummi bayangkan sambal peri tu macam peri-peri sauce nandos.. Meleset.. Dia lebih kepada sambal nasi arab tu. Tapiiii, sedap.. Licin semua ni, alhamdulillah..

Lepas ni macam nak try burger ayam parameswara dia pulak.. Portion besar katanya. Boleh challenge spicy chicken McDeluxe tak.. hihi.. Tapi, sure sedap juga sebab chicken chop dia sedapp.. Crispy dan spicy.. So mesti burger dia rasa lebih kurang juga.. yummyummy..


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015