Wednesday, November 16, 2022

Oh! November

November was usually my best month ever.. Tapi di separuh November 2022 ini, sesak sedikit rasanya.. 

GE in November could be one of the reason. Dalam keadaan politik negara yang kurang stabil ni, of course, theres a lot of things to worry about. Tapi tak mampu ummi nak merenung terlalu jauh ke depan. What ever I have in mind, ummi berdoa semoga Allah izinkan segala yang baik-baik buat negara tercinta, tanah tumpah darahku ini. Moga Islam sentiasa diangkat dan dimartabat, serta dijulang tinggi hendaknya. Enough said about politics, 19hb November nanti jangan lupa jalankan tanggungjawab kita untuk memilih yang terbaik dan yang kuramg mudaratnya untuk mentadbir dan merencana agenda untuk Malaysia. 



Last week, macam bertimpa-timpa semuanya.. Starting rabu petang yang ummi received phone calls dari Along, informing Mama almost slipped from her bed. She looked so pale and tired, and blurry too.. Mama demam, ucu pun demam, along baru baik demam, ayah tak berapa gagah.. Khamis pagi dikhabarkan mama jatuh katil, maka cutilah ummi... Tolong ucu dan along keeping an eye on mama and lending hands & strength on whatever that i can.. Khamis juga abi demam + sakit kepala... Flat terus melepet ketiduran seorang diri di rumah, while ummi di rumah mama. 

Petang khamis tu abi ke klinik, sakit kepala sangat katanya.. Bila check, BP abi low.. Allahu..Hari Jumaat abi masih flat the whole day, masih sakit kepala...

Sabtu, walaupun kesihatan belum membaik, tapi sebab komitmen program Pasti di sebelah pagi dan malam, abi gagahkan diri juga.. Risau juga ummi tengok, nampak gagah di luar, we never know kan how the body works.. 



Ahad, kakak ummi (kangah) ada di rumah mama . Ummi pesan tak perlu masak sebab ummi goreng nasi sekuali besar. Sementelah rumah mama takde air, memang tak boleh nak masak la. Abang dan adik-adik mama juga datang melawat, since hari Jumaat (11.11.2022) kami tak dapat hadir ke majlis pernikahan sepupu ummi atas faktor-faktor di atas

Selamat pengantin baru Iqa & pasangan. Semoga perkahwinan diberkati, dilimpahi dengan sakinah mawaddah dan rahmah, bahagia ber-anak cucu hingga ke jannah. 


Ahad tu, Fathiy mengadu mata dia panas. Nusayba pula dah beberapa hari bertahi mata.. Malamnya ummi bagi dua orang tu makan ubat. Isnin pagi, badan Nusayba panas. Fathiy pula, abi kata ada bintik-bintik merah.. Ummi suspek chicken pox sebab memang ada beberapa kes chicken pox di Pasti. Bila bawa ke klinik, its confirmed... Chicken pox.. Nusayba pulak, high fever.. Tonsil dia bengkak sedikit kata puan doktor.. Balik rumah, abi sambung pergi kerja...Fatima pulak panas badan 😢😢😢 Bertabahlah ummi handle 3 budak tak sihat. 

Lawatan ke klinik. Nampam bahagia bila ada permainan di klinik ye. Balik rumah, melepek..huhu..




Selasa, Fatima & Nusayba masih dedar, tapi aktif. Fathiy pula sangat demand attention. Suhu badan, maintain 39+ ke 40 the whole day. Badan semakin miang dan gatal agaknya, tak duduk diam dia. Sekejap-sekejap minta ummi usap belakang badan, garu di kaki dan tangan. Ummi sapu krim, calamine lotion dan gel pinetarsol bergilir, ikhtiar untuk kurangkan kegatalan. Disebabkan suhu yang tinggi, walau dan masuk SUPP, ummi suruh Fathiy mandi banyak kali. Mujurlah dia mengikut saja kata ummi, walau lemah nak melangkah. Malam tak lena tidur. Kerap dia terjaga dan merengek tak selesa. Allahu. 





Rabu, things are getting better, alhamdulillah. Panas badan Fathiy dah sedikit kebah, tak sepanas semalam. Bintik-bintik makin jelas kelihatan sebab dah nak kering. Selamat digaru dan berbekas. Takpelah. Nak buat macam mana. Mana nak tahan kalau gatal merenyam bertandang kan. Tapi dah nampak kering. Keruping ni fasa dia mudah berjangkit katanya.. Risau pula berjangkit pada Fatima dan Nusayba. Abang-abang yang lain dah kena di awal usia, sekitar 2-3 tahun..  Moga semuanya diberi kesembuhan & kesihatan yang baik dan berpanjangan..

2 comments:

  1. Allah, banyak dugaannya. Bertabah ye Ily. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusannya 🤲

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015