Tuesday, November 29, 2022

Random di Bulan November

PRU15. Alhamdulillah selesai laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Gambar yang membanjiri media sosial pada hari tersebut tentunya this inked index finger, tanda telah selesai mengundi.



Handphone ummi dibanjiri dengan selfie kakak Fatima, tak kurang juga foto abstrak hasil ketikan Fatima dan Nusayba. Jenuh ummi nak delete semuanya 😅


Lama terperap dalam rumah sebab anak tak sihat kan, bawa keluar ambil angin segar sikit. Bahagia masing-masing dapat berlari, main gelungsur...Tengah panas terik tu.. Nak ambil gambar pun, senyum tak boleh buka mata 🤭







Ummi masuk ke pejabat baru ni pertengahan bulan Ogos. Bulan November baru dapat cap nama 🤭 Dan terima cap nama ni pada 24.11.22, sempena terjawabnya teka-teki siapa PM-10 Malaysia.. simbolik sungguh. hahaha..


The chicken pox boy. Minggu pertama je demam. Lepas tu dah ligat. Since ummi dapat cuti 5 jari je, termasuk sabtu ahad dan cuti umum, jadi minggu selepas tu tumpangkanlah hero ni di rumah maktok.. 3 hari berulang alik, hari Khamis, sleepover di rumah maktok. Ummi pesan, hari sabtu baru ummi abi datang ambil, sebab abi outstation. Sabtu baru abi balik.. Hari jumaat, lepas maghrib maktok call, bagitahu hero ni nak balik rumah. Dah kegelisahan.
Bila ummi tanya kenapa nak balik, sebab rindu ummi katanya.. Alahai... Rindu nak gaduh dengan ummi lah tu 🤭😅


Lalu depan kedai basikal usai makan petang semalam. Orang lain dok kenen nak basikal, kakak ni yang dapat. Abi pilih basikal lain, tak maunya dia kalau bukan warna idman hati. Dok pegang basikal pink tak lepas.. hahaha.. Adoi lah anak. Ummi tak ajar pun beli barang warna pink sokmo. Entah macam mana melekat pinky-pinky ni..


Setelah 2 minggu abang Fathiy kena CP, hari ni dua beradik ni pula terjangkiti 😔🤢. Sabarlah duhai ummi.




1 comment:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015