Thursday, November 30, 2023

Usia +1

Hari ini, bertambah setahun usia ku. Semakin tua, semakin menghampiri kematian yang entah bila kan menjelma.. Yang pasti, masanya akan tiba mengikut percaturan Allah, tidak cepat dan tidak lambat walau sesaat..

Hadiah di hari kelahiran adalah demam, disertai dengan batuk sampai berdengung kepala otak, dan selsema.. Suara juga bertukar menjadi ala² rockstar 😅.. Namun, bersyukurlah untuk hari² lainnya yang Allah beri nikmat sihat tubuh badan untuk sekian² masa. Sakit juga datang bersama nikmat, untuk kau lebih menghargai sihatnya tubuh dan lapangnya masa yang Maha Pencipta izin pinjam. Maka ummi bercuti hari ni.. 

Dari semalam sebenarnya tak sihat. Pagi masih ok lagi, menjelang tengahari dah mula rasa seram sejuk badan, diikuti batuk dan selsema.. Betahan sampai ke petang. Masa balik kerja, berpusu² di celahan ramainya manusia yang sama² mencari rezeki di kota menggunakan perkhidmatan awam, nafas terasa pendek, dada terasa berat. Kepanasan dek sempitnya ruang dan ramainya umat. Syukur tak pitam. 

Fikir hati, makan malam nak minta abi tapau je. Tapi abi ajak makan di luar. Ok lah. Ummi gagahkan diri. Mencari makan di sekitar Taman Melawati. Kedai yang abi rancang nak tuju, tutup pula. Membawa kami ke sini..

Coffee & Koala

Tapi cuma ada minuman sahaja. Tapau lah secawan kopi dan secawan iced choc.




Sambung pusing lagi.
Ternampak kedai dengan signboard kuning.. Macam kedai Johan Maharaja Lawak je ni.. Jomlah cuba..

Nak itik ke ayam ni??

Kami order menu ala carte tu, setiap satu..  Tapi ni jelah ummi ambil gambar. BBQ chicken.

Kami last customer malam tu, tokey Johan yang baik hati announce, last customer dapat diskaun 10%... Syukur alhamdulillah..  Bila ajak bergambar, dia pulak yang tolong ambilkan gambar 😅😅😅


Nak balik pun sempat borak² lagi 😅.. 
Kalau jumpa signboard ni dekat Melawati tu, singgahlah.. Tak rugi.. Sedap nasi ayam BBQ die.. Itik pun not bad..Harga reasonable.


Balik rumah, ummi telan ubat selsema, uphamol & ubat batuk, terus lelap tak ingat dunia. 😅😅 Ingatkan boleh kebah la. Namun, bangun pagi tadi suara dah serak² basah ala Ratu Rock Ella, tekak perit, mulut payau, badan seram sejuk, bisa² sengal².. Itu yang terus cuti je
 
Abi pula, memang dah apply cuti awal. First time ye abi ambil cuti di hari kelahiran ummi 🤭.. Selesai urusan abi hantar anak⁶ ke sekolah dan pengasuh, kami ajak mama sarapan di luar. Tak jauh pun, di Laman Selera MPAJ bersebelahan International School Kuala Lumpur je. Tapi special sebab ada kedai kuih kegemaran mama, Kedai Mak Jah..


Nampak senyuman dia bila dapat kuih favourite...


Ummi tu, nampak dak muka tak berapa nak larat tu. Tapi gagahkan diri jugak. Siap baju berlapis² cardigan dan long sleeve shirt dek rasa seram sejuk tak hilang lagi.


Abi tanya nak hadiah apa? Jom kita pergi beli.. Tahun² sebelum ni tak mintak hadiah ape pun. Ada lah sekali ummi mintak telekung Siti Khadijah.. Dan ada sekali mintak gelang.. Tapi bukan masa birthday tu. haha. Selainnya memang takde ummi mintak apa². Walau dia tanya juga nak apa. Kali ni bila abi tanya, ummi jawab nak jam biasa je dekat Decathlon. Sebab dok belek² dah hari tu, siap snap gambar. Tapi simpan dulu hasrat hati, sebab anak² pun pakat dok berebut nak beli jam. Beli untuk anak² dulu la. 
Makanya hari ni, dapat jugalah jam yang ummi dok belek hari tu. Jam murah ja. Ummi suka sebab design simple dan ngam elok kat tangan ummi ni. haha..



Susah nak dapat momen berdua je sekarang ni.. hahaha.. Almaklum anak berderet. Sakan ber-dating hari ni walau tak sihat. Balik rumah mula lah badan menggigil balik. huhu.. 


Lastly..

Pada bertambahnya usia, 
tak banyak pengharapan. 
Sekadar mendamba 
dikurnia iman yang teguh, 
ilmu yang bermanfaat, 
kesihatan yang baik dan berpanjangan,
keluarga yang dilimpahi 
sakinah mawaddah dan rahmah, 
diserikan anak² yang soleh solehah,
dikelilingi sahabat dan insan yang baik lagi berhemah. 
Moga kita beroleh mardhatillah 
dan kelak nanti dikumpulkan bersama² di Jannah, 
dengan izin Allah. 

Duhai diri, barakallahu fii umrik..


Distorted mirror. You may feel so good about yourself, but look in the mirror, it portrays how people may look at you, distorted, imperfect, imblance. Just embrace yourself, and never stop doing good. Because people's perception is not important. What you should take care of is the perception of Allah, the Creator. 


Warna-warni kehidupan. Terkadang biru sebiru laut nan dalam, terkadang merah menyala laksana lava Merapi rakus meratah bumi, terkadang hijau saujana mata memandang. Biar apapun warna yang menghiasi latar hidupmu, jangan kau leka atau kesali, hadapi dengan tenang hati, moga warna² itu kelak kan jadi cahaya yang menerangimu di akhirat nanti.






1 comment:

  1. Sanah Helwah Ily 💐
    Semoga yang baik² saja utk mu, di dunia & akhirat 🤲
    Sama bday dgn my niece :)

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015