Friday, December 22, 2023

Happy 11th Birthday Faqeeh

21.12.2023
Genap usia Faqeeh 11 tahun.
Faqeeh ni, walau beza umur hanya setahun dari abang long Faheem, tapi dari segi tumbesaran dan kematangan tu, jauh beza benar 😅😅

Takpelah Faqeeh, ikutlah pace masing² kan. 

As for celebration, kita celebrate di Nandos je lah. Tapi beli kek di Coffee Beans..  Kek tu, beli dan bawak berjalan saja 😂😂. Sebab dah kekenyangan semua. Esok² la kita potong kek ye..

No.1 and No.2. Macam beza banyak tahun kan??? 🤪


Faqeeh yang talkative, banyak bebel, banyak bercerita, banyak menyakat.. Setiap hari ada je mangsa sakat dia. Sampai ummi cakap, "awak buat jadual lah Faqeeh. Dalam rumah ni, tak termasuk awak ada 7 org..Cukup seminggu. Awak pilih siap², hari isnin nak sakat/gaduh dengan siapa? Isnin abi, selasa ummi, rabu faheem, khamis fathan, jumaat fathiy, sabtu fatima, ahad nusayba.. Haa, cukup semua. Jangan dok gaduh/sakat semua orang setiap hari. Bising rumah.." 🤣🤣🤣


In one second, dia terpaling rajin, baik melayan semua orang. Another split second, dia tiba² bertempik gaduh dengan abang adik. Dan gaduh berbalas hujah dengan ummi. He always have answers to whatever statement you made. Very vocal, very expressive. Loyar buruk pun ye juga.


Semoga Faqeeh sentiasa dalam rahmat dan redha Allah, dikurniakan segala kebaikan di dunia dan akhirat.


 Allahumma ameen. amiin ya mujiib..

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015