Monday, January 22, 2024

Anakanda Fatima Menginjak Usia 5 Tahun

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat Allah. 

20 Januari 2024, genap usia Fatima 5 tahun.

Sanah helwah kesayangan ummi yang cantik, cerdik lagi solehah. Moga dikurnia Allah ketegasan dalam kelembutan, akhlak dan budi pekerti yang mulia, maruah yang sentiasa terpelihara.. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redhaNya, cemerlang serta sejahtera di dunia dan akhirat sana..

Barakallah fii umriik.


 
Apakan daya, ummi kena kuarantin dek kerana Covid di hari kelahiran mu. Maka, ummi titip pesanan saja pada abi tentang hari lahirmu, saat kalian keluar membeli juadah makanan buat ummi. Sempatlah abi singgah beli kek. Walau dikhabarkan Fatima menangis tak mahu kek potong, asbab dah aim nak whole cake yang ada patung gula poney atau frozen.. Tapi, Fatima tetap pulang dengan senyuman manis, mengkhabarkan pada ummi, bahawa abi beli kek untuk hari lahir Fatima. 🥹☺️

Whole cake tu nanti kita beli untuk rai dan makan dengan kawan² sekolah ye, insyaAllah.

Fatima dapat hadiah juga dari abi.. Permainan yang dah laaamaaaa Fatima minta. Akhirnya, kesampaian juga hasrat Fatima 🤭. Tapi kenapa adik tu yang senyum bahagia terlebih 😅😂




2 comments:

  1. Sanah Helwah Fatimah sayang...
    Semoga sentiasa jadi penyejuk mata Ummi & Abi serta seluruh keluarga 🤲

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015