Thursday, January 25, 2024

Throwback: Tentang Birthday Lagi

Ummi ada geng sama birthday di office. Meja pun duduk menghadap kan.. haha.. Senang sikit kalau orang nak wish, lalu depan meja kami, terus wish birthday kami berdua. Tapi taknak sekadar wish. Kalau boleh, masa lalu tu, tolak sekali troli, letak kek atas troli tu.. hahahaha.. Kalau ada pedang samurai panjang, senang kami berdua nak potong kek dari jauh. Melawak je hampa..hahaha..

Small celebration that means a lot..

Kawan ummi tu, team lain. Di hari keadian, bos dia belikan Cronut KLGC 2 ketul untuk kami berdua. Wahh, terima kasih bos F. Since ummi cuti sakit di hari kelahiran, kawan ummi ni pun simpan dulu cront dalam peti. Nak makan sama-sama katanya. Alahai, sweet kan..

The cronut & ucapan.



Sahabat office lama pula ajak lunch sama di hari Jumaat. Asalnya plan nak ke Sogo, tapi sudahnya bertukar ke office lama je. Ingat nak belanja deme makan. Rupanya dapat makan free. Mereka ni memang ada buat makan2 farewell dan sambut birthday bulan Nov - Dis. Makanan ada banyak lagi, deme ajaklah makan sana je. Ummi datang masa dah selesai pun jamuan. Yang lelaki2 dah pergi solat Jumaat pun. Bila tengkok kek, ummi gelak sakan. Atas kek tulis Nov-Dis babies. Yang ada nak celebrate tinggal sorang je lahir bulan Dis. Bulan Nov takde orang, selepas ummi pindah.. Saja ummi sakat, hang pa tak boleh move oon lagi naaa?? Carta kelahiran pun masih terpahat utuh nama ummi di bulan November.. Huhuhu... Sayang sangat hang pa kat ummi nah...Padahal dah lebih setahun dah ummi pindah... kikiki..


Sahabat² rebel & haluan kiri 🤭


Lastly, celebration by my team members. Hat ni betul birthday Nov-Dis.. Kali ni makan pulut kuning rendang ayam.. Sedap sungguh la rendang ayam tu... 




Team kecil kami yang happening 💐. Alhamdulillah. 

Terima kasih semua yang meraikan dan mendoakan. Semoga segala kebaikan dikembalikan Allah kepada kalian jua... Actually, bila dah bertambah umur ni, celebration tu tak penting dah. Cukup sekadar titipan doa keberkatan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Tapi kalau ada yang nak bagi hadiah, kita terima je dengan hati terbuka. Rezeki kan. Takkan nak tolak. Kalau pening tak tahu nak beli hadiah apa, meh kita share QR code, transfer terus je senang. Taulah kita nak buat apa dengan duit tu nanti. Hahahahahahahah...

Last pic. Gambar kenangan sambutan hari lahir Novemberians di pejabat pertama dalam perkhidmatan awam. Dari sinilah wujudnya geng Happy November 💕. Runcing sungguh dagu ummi masa ni aih.. Berat pun, kurang 20kg dari berat sekarang 😥😭. 



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015