Sunday, January 21, 2024

Sukaneka Pasti Kawasan Pandan 2023

Acara berlansung pada 3 Disember 2023, di Ampang Futsalhub, formerly known as Ampang Sports Planet.

Acara perbarisan dengan tema pekerjaan, PU pilih kerjaya nelayan. Ummi tak sempat nak prepare sangat pun. Sekadar apa adanya. Untuk Fatima je ummi order baju kurung kedah (baju opah) dengan kain batik siap jahit dari Shopee. Bersyukur ia sampai sebelum event, sebab ada yang terima selepas event selesai 2-3 hari. Untuk Fathiy pula, kain pelikat budak dan tshirt putih memang dah sedia ada. Ummi buat props je lah apa yang mampu. Itupun last minute sangat dah.. Malam event tu dok bersengkang mata 'menjala' ikan 🤭🤭..

Mek Moh & Pok Hiy..😅




Tapi kan, Fathiy tak guna pun props yang ummi buat.. Sebab, di hari kejadian, baru ummi tahu dia jadi flag boy 😅 Itupun cikgu yang kabo ke ummi. Cik abang ni, dia kemain lagi request macam-macam jenis ikan dan hidupan laut sikit pun dia tak cakap dia kena pegang bendera. hahaha.. Takpelah.. props tu kita bagi kawan pinjam 




Mek ni pun nak pakai ikut tema..


Kreatif betul cikgu buat perahu. Comelll. Siap ada jala original. Berat tu.. Mujur yang menarik perahu nya berbadan sasa.. 



Fathan pun nak jadi nelayan jugak 😅

Both Fathiy dan Fatima masuk 2 acara. Dan both menang 1 acara.. MasyaAllah tabarakallah.. tahniah anak².



Alhamdulillah, Pasti Ubudiah berjaya merangkul Johan untuk acara perbarisan, sekaligus dinobatkan juara keseleuruhan Sukaneka Pasti Kawasan Pandan 2023. Tahniah cikgu, tahniah anak² dan tahniah juga parents yang supportive dan banyak membantu. Semuanya dengan izin Allah.






Ummi pulak, alhamdulillah ada keberkatan pada tangan yang mengambil nombor 🤭 Dapat hadiah cabutan berkat, bukan 1, tapi 2.. Syukur ya Allah. 





No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015