Saturday, January 20, 2024

Ujian, Temuduga dan Ujian Pra Tahfiz Untuk Abang Faheem

Bulan Disember sehingga awal Januari yang lalu, abang Faheem selesai melalui sesi ujian online dan temuduga bagi kemasukan ke sekolah berasrama. 

14 Disember 2023. Taklimat proses temuduga dan pemberian pautan bagi ujian online serta pemberian ayat hafazan bagi sesi temuduga.

15 Disember 2023. Ujian online melibatkan subjek Bahasa Arab, English, Matematik, Bahasa Melayu, Sains dan Tajwid. Disebabkan sekolah sekarang ni, akademik hanya 20% je, jadi agak struggle juga abang nak jawab. Nak bersedia pun, tak tahu apa yang nak di sediakan 😅😅.. Ummi kata, jawab je lah abang. Mana yang tahu ok lah. Yang tak tahu, hentam je lah. Soalan pun objektif. Pilih je lah mana². Selebihnya tawakal. Nak expect lebih² pun, benda yang tak belajar dekat sekolah. 

Seterusnya, diberikan ayat hafazan sebanyak 15 baris, bersamaan 1 mukasurat untuk dihafaz dalam tempoh masa lebih kurang 1 hari sahaja dan perlu diperdengarkna hafazan semasa sesi temuduga pada hari Sabtu. Ni pun agak struggle. Sebab di sekolah abang, penambahan ayat hafazan dia paling banyak 5 baris sehari. Maka, untuk hafaz 15 baris sehari, memang perlu usaha yang berlipat ganda dan fokus yang tinggi. 

Ummi ambil cuti untuk sama2 duduk dengan abang, monitor abang untuk jawab ujian online dan juga menghafaz 15 baris ayat, Surah Al-Mu'minun. Ummi akui, ia tak mudah. Dari awal pagi ummi duduk dengan abang. Berhenti berehat seadanya untuk makan dan solat. Kalau abang menguap, ummi tolong tepuk² kan dia untuk hilang mengantuk. Sesekali ummi suruh cuci muka atau ambil wudhu' semula. Macam² gaya abang menghafaz. Sekejap duduk tegak, sekejap bersandar, sekejap baring terlentang, sekejap meniarap.. Tahu², dalam pukul 5 lebih, dah berdengkur.. Penat sungguh tu. Ummi biarkan abang berehat. 


Malam tu kami balik Gombak. Sebelum tidur, ummi minta abang ulang baca 2-3 kali dahulu. Masih ada 3 baris ayat yang belum hafaz. 

16 Disember 2023. Hari temuduga. Bangun subuh, sambung baki hafazan dan tasmik bacaan dengan ummi, abi & tokma. Suruh abang sarapan dulu, dan kami bertolak ke sekolah di Lembah Melewar untuk sesi temuduga. Tak jauh pun dari rumah Tokma. 

Hantar abang dengan iringan doa

Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi sehingga 10 pagi sahaja. Sesi temuduga melibatkan bacaan hafazan 15 baris ayat, ujian bertulis jawi, ujian tahriri (tulis semula ayat Quran lengkap dengan baris dan tanda) dan juga temuduga sahsiah. Ibu bapa hanya boleh drop anak di hadapan pintu masuk sekolah, dan tinggalkan anak untuk lalui semua proses temuduga yang dijangka siap dalam tempoh 2 jam. 2 jam tu mak ayah pergilah mana² nak pergi. Sarapan dulu ke nak tunggu tercongok je kat luar tu ke 😅. Kami sempat beli bungkus nasi berlauk dan nasi kerabu di kedai Nasi Berlauk Kak La di Padang Balang. Famous kedai ni, beratur panjang.. Sempat juga hantar balik nasi bungkus ke rumah Tokma, menikmati sebungkus nasi dagang yang nikmat rasanya.. Rasa macam balik kampung.. huhu.. 

Selepas almost 2 jam, kami pergi semula. Kali ni bawa sekali tokma dan tok ayoh. Nak tengok  sekolah katanya. Dapat tengok dari luar saja lah sebab tak boleh masuk. 

Tokma, Tok Ayoh ikut nak ambil Faheem.

Menunggu abang selesai temuduga dari luar pagar

Sedihnya dia tunggu abang tak muncul²

Abang dah selesai temuduga. Sejenis abang ni, dia bukan jenis luahkan semua. Sepatah sepatah je dia jawab. Nak kena korek, pusing konar baring soalan, baru boleh dapat jawapan. Kalau tidak tu, jawapan dia, ok kot, entahla, tak ingat. Geram je ummi. Bila digali², hafazan ok katanya, ada lupa sikit je. Tahriri ok, surah Al-Fatihah. Jawi, diberi perkataan rumi, tulis semula dalam jawi. Ada 3 peringkat. Susah, sederhana, senang. Ada yang tak boleh jawab tapi dia hentam je. Temuduga sahsiah, soalan best ni. Ustaz tanya, kenapa nak masuk sini.. Dia jawab, sebab mak suruh 😂😂 Ustaz tanya lagi, awak nak masuk sini ke tak? Dia jawab, nak tapi taknak.. Confuse la awak ni bang . Jujur sungguh pulak tu..

Nusayba nampak je abang, dari kejauhan dia jerit... "Faheem... Faheem nangis ke tadi?" 😅

Selepas selesai ujian online & temuduga, akan ada sesi Pra Tahfiz pula. Pra Tahfiz ni, adalah hasil dari saringan masa ujian online & temuduga. Final stage dah ni. 

Bilangan pelajar yang lulus temuduga, dan akan sesi Pra Tahfiz, out of 300+ yang mendaftar.

21 Disember 2023. Keputusan untuk mereka yang layak ke sesi Pra Tahfiz. Alhamdulillah nama abang tersenarai. Untuk Pra Tahfiz ni, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 1 kumpulan dalam 8 orang pelajar, dan akan ada seorang Ustaz/Ustazah in charge setiap kumpulan. Pelajar diberikan ayat hafazan sebanyak 1 maqro, bersamaan 2.5 mukasurat. Diberikan juga video cara bacaan ayat² tersebut. Pelajar perlu dengar dengan teliti dan hafaz ikut sebutan, makhraj huruf dan tajwid yang betul. Tempoh masa untuk menghafaz lebih kurang seminggu, seterusnya perlu book masa dengan ustaz/ustazah incharge dalam tempoh 1.1.2024 sehingga 8.1.2024 untuk tasmik bacaan hafazan secara menyeluruh (2.5 m/s sekali baca) dengan ustaz. 

Giliran Faheem baca pada 2.1.2024, 8.30 malam. Kena video call dengan ustaz dan baca hafazan dengan mata tertutup. Tutup dengan kain/mask etc. Alhamdulillah, agak gugup tapi boleh habiskan bacaan dengan 1 kesalahan. Tapi cuak jugak kan. Sebelum 8.1.2024 tu, abi whatsapp ustaz tanya perlu ulang baca tak? Ustaz kata tak perlu. Ok dah tu. InsyaAllah ada rezeki Faheem. Walau ustaz dah bagi assurance macam tu, tetap lah mak ni risau kan. Berdebar². Sebab calon ramai. Dan pemilihan bukanlah nak mencukupkan terus bilangan kekosongan, sebaliknya akan pilih yang terbaik. Kuantiti dan kualiti. 

13 Januari 2024. Muncul dentingan notifikasi whatsapp dari pihak sekolah. Dimaklumkan senarai pelajar yang lulus sesi Pra Tahfiz. Berdebar, berbelah bahagi, bercampur baur nak bukak pdf yg diberi. Bila nampak ada nama abang, ya Allah... ummi nangis, sujud syukur pada Allah. 

Berdebar baca mesej ni 🥹

Syukur ya Allah. Semuanya dengan izinMu ya Allah.

Ummi mixed feeling sebenarnya. Walau hasrat nak masukkan abang ke asrama datang dari ummi, tapi tulah.. Mak ni kan hati dia macam lalang. Ummi doa Allah beri ilham, tunjuk jalan yang terbaik. Ummi harap ini yang terbaik untuk abang, dunia akhirat. Kadang fikir macam awal sangat nak hantar anak ke asrama. Tapi, untuk abang yang memang sedang menghafaz ni, ummi fikir ia lebih baik untuk dia. Supaya dia boleh lebih fokus. Dan untuk beri dia lebih lagi ruang pilihan. Semoga ada kebaikan, rahmat dan redha Allah buatnya. 

Baca surat tawaran pun perasaan bercampur baur 

19 Januari 2024. Dapat surat rasmi tawaran kemasukan sekolah. 6 Mac 2024 abang akan masuk sekolah baru, masuk asrama. Semoga abang baik² saja nanti, sentiasa dalam jagaan Allah, terpelihara dari anasir² yang tidak baik, dan paling ummi risau, semoga abang dapat jaga emosi, tak mudah marah². Dan of course, ummi sendiri ni.. Masa hantar abang temuduga pun dan bergenang² airmata. Ni hantar gi asrama esok ni, jangan ummi pula yang buat drama airmata. 

Abang ni kan, dia memang garang dengan adik². Tapi, dia sangat protective when it comes to ummi. Kalau adik² tak dengar cakap ummi, dia tukang marah dulu. Kalau ummi mintak tolong adik² buat kerja rumah, tapi adik buat tak endah, abang akan bangun buat apa yang ummi minta tolong tu. Pendek kata, memang abang lah yang banyak tolong ummi. Itu jugak antara sebab ummi nak abang masuk asrama, supaya abang tak rasa terbeban sangat dengan title anak sulung. 

Apa pun, setiap ibu ayah, mesti nak yang terbaik untuk anak² masing² kan. Semoga percaturan kami tak salah, dan semoga ada cinta dan redha Allah. 



4 comments:

  1. Alhamdulillah... Tahniah puan, atas usaha ibu dan anak. Memang selayaknya dapat. Saya pun masih berdebar menunggu keputusan kemasukan ke Tingkatan 1 untuk anak bujang saya ni ke sek agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haza min fadhli rabbi. Terima kasih puan. Semoga anak puan juga dikurniakan rezeki masuk ke sek agama, menjadi insan cemerlang dunia akhirat. amiin ya mujiib..

      Delete
  2. Alhamdulillah tahniah Abg Faheem 👍
    Biasalah tu Ummi, anak first mesti akan berjuraian airmata tu hihi... Insha Allah semuanya akan dipermudahkan, asbab nak belajar Al Quran pulak tu. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak. Dah lah dia yang rajin menolong kat rumah ni. Sebak la mak dia 🥴.. Terima kasih kak 😘

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015