Thursday, February 1, 2024

Anak Pula +ve Covid 2.0

Hari tu ummi +ve Covid, kuarantin dari 19hb - 23hb Jan 2024. 23hb tu ummi buat self test semula, alhamdulillah dah -ve. 

30hb, Faqeeh dan Fathan pula positif Covid. Simptom awal adalah demam dan sakit kepala. 



Macam tak mungkin je berjangkit dari ummi kan.. Sebab dah lebih seminggu dah pun. 

Sebelum Faqeeh dan Fathan demam, abang long Faheem demam dulu, diikuti oleh Fatima. But both Faheem dan Fatima negatif. Mai mana sangkut pulak kat abang halus berdua ni.

Budak kuarantin, terbaring depan bilik. Tengah sakit kepala. Sayu hati ummi tengok dia. Sejenis jarang² demam, kalau sekali demam tu, melepet gitu lah. 

Dah ok sikit katanya. Turun siap dengan kopiah berlilit mafla 😅


Request nak makan bubur je. Tak lalu makan hat lain. Ada nasi lemak pun tak pandang. 2 hari berturut ummi buat bubur ayam. Syukur ada bibix tolong mudahkan kerja ummi. Campak2 bahan, tekan², tinggal lah dia masak sendiri kacau sendiri.. huhu..

Alhamdulillah ala kulli haal.

Semoga baik² sahaja anak² ummi dan semoga cepat sembuh. 

2 comments:

  1. Sedih saya tengok gambar dia depan pintu tu T_T

    ReplyDelete
  2. Syafakumullah anak² 🤲
    Alahai, gambar depan pintu bilik tu bikin sebak je :(

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015