Monday, February 26, 2024

Nisfu Syaaban

Malam nisfu syaaban jatuh pada 24 Feb 2024, Sabtu malam Ahad..



Hari sabtu agak banyak perkara yang perlu diselesaikan. Keluar rumah pukul 12 tengahari, hampir maghrib baru selesai semua. Since masa dalam kereta otw balik rumah dah masuk waktu Maghrib, abi decided untuk terus menuju ke surau/masjid. Anak² tanya, tunggu isyak sekali ke? Abi kata, tengok ada kuliah atau tidak.. So kami singgah di masjid Kg. Cheras Baru. Anak² panggil, surau kubur. 

Usai solat maghrib, ada bacaan Yasiin sempena Nisfu Syaaban rupanya. Alhamdulillah..Maka, kami pun turut serta juga. Syukur ya Allah yang mentadbir semuanya dengan sempurna. Pihak surau buat bacaan yasiin 3 kali. Ummi kirim doa buat arwah ayah sekali. Semoga diterangkan dan dilapangkan kubur ayah, dijauhkan dari seksa kubur dan azab api neraka, diampunkan dosa²nya, dirahmati dan diberkati Allah swt. Semoga semua amalan ayah semasa hidupnya diterima Allah, semoga kami anak² tidak lupa untuk sentiasa memanjangkan pahala ayah.







4 comments:

  1. Alhamdulillah Allah maha mengetahui.
    Walaupun sibuk tapi Allah izinkan maka jadilah ia.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Allah gerakkan hati utk bersama² menghidupkan malam Nisfu Syaaban. Semoga diterima amalan kita aamin 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. dengan izin Allah jua. Syukur ya Allah

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015