Tuesday, July 23, 2024

#SayNoToBully: Ke Tali Gantung Akhirnya

Highlight berita hari ni tentang Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati sekaligus mengenepikan hukuman penjara 18 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 November 2021 terhadap 6 pelaku kes bun*h kadet laut UPNM. Manakala bagi 12 orang pesalah lagi, hukuman penjara 3 tahun diketepikan dan digantikan dengan penjara 4 tahun.

7 tahun penantian.. sayu, pilu dan luluh hati keluarga mangsa, tak mampu ummi nak selam. Sedang anak kita terluka pun kita merasa peritnya, inikan pula diperlaku sekejam itu sehingga mengorbankan nyawa. Sebak tengok ibu dan ayah arwah yang sujud syukur sebaik keluar dari kamar kehakiman. Perasaan ibu dan ayah yang menantikan keadilan buat arwah anak yang amat disayanginya saban tahun. Allahuuu.. Hanya Allah yang maha mengetahui. Semoga dikurniakan ketenangan hati buat ibu ayah dan seluruh ahli keluarga arwah. 

Al-Fatihah buat arwah Zulfarhan.

Sepertimana ummi tak sanggup untuk melihat kekejaman yang dilakukan terhadap arwah, ummi juga tak sanggup melihat wajah² pelaku. Tak mahu terbayang² wajah mereka lantas membenci. Kekejaman yang dilakukan memang tiada peri dan diluar jangkauan pemikiran manusia normal dan waras, namun yang patut dibenci dan dikeji adalah perbuatannya. Semoga mereka beroleh hidayah dan bertaubat dengan sebenar² taubat atas kekejaman mereka terhadap arwah serta dosa mereka terhadap keluarga arwah.  

Menyorot kronologi kes ini seputar 7 tahun lalu, jauh di sudut hati, ummi berdoa dan berharap sepenuh pengharapan pada Allah, agar anak² ummi, ahli keluarga ummi, insan² yang ummi sayangi sentiasa dilindungi Allah, dijauhkan dari sikap amarah yang melulu, sentiasa diberi akal fikiran yang waras dan mampu membuat pertimbangan wajar dalam apa jua keadaan. Sentiasa meletakkan Allah mendahului segalanya. Semoga kami semua tidak menjadi golongan yang tewas dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan yang sentiasa berusaha untuk memusnahkan anak cucu Adam dalam apa jua cara. Dan tidak pula kami menjadi mangsa amarah insan lain. Amiin ya mujiib. 


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015